15 January 2010

good job man!

sejak akhir-akhir ini,semakin ramai pelajar di pusat pengajianku memberontak dengan tindakan yang dilakukan oleh pihak pengurusan universiti. padaku,mungkin aku fikir mereka ini berdarah muda dan cepat naik berang.

malang sekali,anggapanku meleset! sememangnya aku benci dengan orang-orang yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan kawasan tempat pengajianku tetapi telah bertukar kerjaya menjadi seorang 'polis' kerana mempunyai hobi untuk mengenakan compound kepada pelajar dengan sesuka hati.

perkara ini berlaku petang tadi. rakanku (yang juga bekas pelajar di pusat pengajian ini) datang melawat aku dan rakan-rakan yang lain dengan niat untuk lepak dan santai sahaja.

bila rakanku itu sampai di depan gate,aku dan seorang lagi rakanku yang lain berusaha berjalan menuruni bukit dan tangga ala-ala Batu Cave di depan mahallahku untuk menjemput rakanku itu di hadapan gate sekaligus untuk membaluti rakanku itu dengan jubah;yakni pakaian rasmi pelajar-pelajar perempuan di sini.

selesai bab 1,bab 2 pula mengenai kad matrik. alhamdulillah rakanku itu masih menyimpan kad matrik universiti ini walaupun dia bakal menjadi tentera udara tidak lama lagi.

dengan persiapan rapi ini,kami yakin akan berjaya melepasi halangan "WIPE OUT" di saluran AXN itu. dengan berlagak slumber,aku mendahului rakan-rakanku untuk menempuh 'halangan' tersebut.

dari riak wajah sang polis itu,aku pasti aku akan berjaya tetapi malang sekali dia telah memanggil rakan-rakanku yang berada di belakang.

"Awak pakai seluar jeans kan dalam jubah ni?"
"Siapa Principle awak?"
"Saya nak saman awak!"

okay,saman la puas-puas! dia bukan warga universiti ni lagi dah pun.

dan ternyata kesalahan memakai seluar jeans tidak terdapat dalam senarai kesalahan di dalam form compound tu. unreasonable man!!

dan perkara yang paling tak boleh blah sekali ialah

"kesalahan: pakai seluar JENS"

hebatnya mengeja!!! terbaik lah..
saya sayang polis di depan gate pusat pengajian saya!!

No comments: