06 February 2010

Habis

Tepat jam 12.20 tengah hari, 4 Februari 2010 maka tamatlah sudah sesi pengajian aku di sini.insyaallah dengan izin-Nya,semoga dipermudahkan segala urusan semasa di dewan peperiksaan nanti.

selesai juga jamuan BBQ kelas Physics tadi. makanan-makanan sedap belaka atau mungkin kerana aku terlampau lapar kot. LOL!
terima kasih tak terhingga kepada semua lecturers yang bertungkus lumus mengajarku dari semester 1 di tahun pertama sehingga ke semester 2 di tahun kedua ini. thanks a lot!

kalau difikirkan,memang sedih nak meninggalkan tempat ini. tetapi dek kerana beberapa perkara yang membuatkan aku pissed off sangat,jadi aku amat bersyukur jika telah berjaya graduate dari sini dengan cemerlang dan terus ke Kuantan mahupun Gombak untuk meneruskan pengajianku di peringkat sarjana muda.

kadang-kadang kerana nila setitik ,boleh rosak air horlicks segelas!

oh,sebelum terlupa. tadi semasa tunggu makanan siap dimasak, madam ada memberi pesanan. kali pertama madam bercakap tentang personal dengan kitaorang! sebelum ini asyik cakap pasal formula physics saja kan.

"Belajarlah untuk berkawan dengan kaum berbeza semasa di universiti sebab nanti bila dah kerja,tiada masa untuk semua tu. dan selalunya by that time semua orang dah not available. so, belajar mesti didahulukan,cinta itu hal kedua tetapi jangan lebih-lebih or kurang-kurang sangat (or in other meaning;avoid to have friends in different gender)"

lebih kurang macam tu lah,susah mahu explain in Malay sebab terasa geli geliman sikit.

whatever it is,good luck for final examination everyone!! strive for the best!!

Love ya

No comments: