12 March 2010

Membebel Part 2

badan terasa gatal-gatal (bukan gatal miang tu okay!), disebabkan makan kari udang yang ibunda masak tadi. entah kenapa sekarang dah macam tak boleh makan udang, ada allergic reaction. itu lah,Allah dah tarik 1 nikmat dunia.

the kenduri was awesome! suka tengok pakcik-pakcik,makcik-makcik,atuk-atuk dan nenek-nenek makan ramai-ramai macam tu. Kenduri/ makan-makan tu diadakan di surau kampung ibunda selepas selesai solat Isyak secara berjemaah.

Bersemangat betul ibunda masak,lepas balik kerja terus ke dapur. Fuhh,I wish I could be like mom some day!

Lauk pauk semuanya daripada hasil air tangan ibunda dan ada lah sikit-sikit from me and along. Bukan apa,ayahanda cakap kalau masak sendiri lebih ikhlas kalau nak dibandingkan dengan tempah katering.

Dah siap makan semua,pinggan mangkuk yang berduyun-duyun tu terus masuk dalam kereta and cuci di rumah. Tukang cuci sudah semestinya along and me as the pemain air or tukang bilas pinggan. Memang best lah main air dekat luar rumah tu. Ibunda dah bising-bising pesan jangan kotorkan rumah sebab esok pembantu rumah tak datang dan tak ada orang nak cuci nanti.

So,cepat-cepat kemas dan cuci semua benda then masuk rumah layan hindustan at channel Zee. Terbaek lah! Dah nama pun keturunan, kari dan hindustan adalah kombinasi yang wajib.

letih dah nak membebel.esok along pulak nak buat kenduri makan-makan untuk kawan-kawan dan sudara-mara. Menu untuk esok ialah Nasi Briyani,dalca dan ayam berempah. OMG! makan lagi!! siapa-siapa yang tinggal area Kedah especially Alor Star or Jitra,jemput lah datang rumah esok.


see ya! Need to save more energy for tomorrow..

No comments: