20 March 2010

Pencapaian Hari Ini

Hari ini dalam sejarah, aku berjaya drive ke rumah mak saudara angkatku sehingga ke depan muka pintu rumah dia.perghh! mencabar! sebelum ni,aku just park kereta di depan jalan dan terpaksa menapak ke rumah mak saudara aku sejauh 500m tu.

Korang jangan fikir ini rumah biasa yang terletak di taman-taman perumahan yang hanya 10m dari jalan raya mahupun highway. Tidak sama sekali!! Rumah ini special sikit but I love to be at there. Sejuk sebab angin kuat.Yela dah depan rumah ada sawah padi,memang best punyo!

Berbalik kepada cerita asal,aku berjaya merentasi sungai dan tandop (tali air ke apa entah dalam bahasa baku) yang diameter jalan bertar itu hanya muat-muat sebuah kereta kenit aku itu aja. Kalau berselisih dengan another car,mahu aku berenang dalam sungai tu.

Alhamdulillah I made it.Dapat sampai dan balik dengan selamat..

Then,pencapaian kedua berkaitan dengan skill memandu juga.Biasalah,dah lama tak memandu.Masa cuti panjang macam ni lah baru nak memahirkan semula skill yang dah lama berkarat.

Rumah aku punya garaj ala-ala bukit sikit.So,if nak parking 3 buah kereta di garaj tu memang agak mencabar dan berpeluh juga lah if drive kereta manual. Hari ini aku berjaya parking dengan cun hanya dengan sekali percubaan. Ho yeahh!! Clap clap!!

Walaupun hari ini aku stress dengan janji Melayu,apa boleh buat,"Lepaks bro"!! "wa dah bosan dengan lu der!!"-petikan daripada filem rempit kelakar abad ini.LOL!

No comments: