02 April 2010

Yang Pergi Takkan Kembali

semalam masa tengah ber-Facebook-ing,Hot (bukan nama sebenar) post status "Din Beramboi telah meninggal dunia-twitter Azuan Ali". Tersentap aku seketika,mungkin juga kerana terkejut.
Al-Fatihah untuk Allahyarham. Punca dan cara-cara Allahyarham meninggal dunia sama seperti Allahyarham Pakcik ku yang telah meninggal dunia beberapa bulan yang lepas; kes Demam Denggi Berdarah!

Aku ingat,kes Allahyarham Pakcik aku tu sangat rare but now dah 2 kes aku dengar. Durjana kau nyamuk!! Dah hisap darah orang,kau transfer virus pulak. Tak mengenang budi betul.


Penyakit ni memang cepat merebak dan meng'attack' seluruh organ dalaman terpenting dalam badan manusia. Allahyarham Pakcik aku dulu pun dia attack dalam masa 2-3 hari saja. Dan yang paling sedih aku tak sempat untuk menziarahi beliau sebelum sempat beliau menghembuskan nafas terakhir sebab aku masih di PJ. Sebak dan menangis aku masa tu.

Tapi dalam Al-Quran pun ada sebut,tak baik kalau kita meraung dan meratapi pemergian seseorang. Cukuplah sekadar doa dan ayat-ayat dalam Al-Quran mengiringi pemergian mereka.

Sesungguhnya,kita yang masih dikurniakan nikmat untuk bernafas ini pun masih belum tentu akan berada di muka Bumi ini untuk berapa lama.


Semoga roh mereka ditempatkan di tempat-tempat orang yang beriman. AL-FATIHAH .

No comments: