28 May 2011

Diterjah Polis!

Hari khamis baru-baru ni,riuh jugak aku di Facebook dan Twitter pasal aku kena 'terjah' dengan 3 orang polis penyiasat. Takut!!


Yelah,diaorang datang rumah dengan tiba-tiba (ada ke polis nak datang rumah kena call tuan rumah dulu? ERRRRR) dan masa tu aku sangat "manis berpakaian". Tambahan pula aku duduk rumah sorang diri okay!!


Kejadian berlaku pada pukul 3 petang macam tu. Aku tengah baik online sambil YM kawan kakak aku yang sengal dan berbicara pasal hal duniawi. Dan tiba-tiba ada bunyi 'bell' dan mata aku pun automatic nya melihat ke arah sliding door. Nampak sebuah kereta waja berwarna silver.


Lalu keluar dari kereta tersebut seorang lelaki berpakaian kemas,berbaju kemeja sambil memegang buku catatan aku pikir di tangan kanannya.


"Ada orang nak meminang aku ke ni?" - Detik di hati sambil aku tersenyum.WAKAKAKA!



Beliau menyoal aku beberapa soalan yang aku rasa macam nak luruh jantung. Yelah ini kali pertama aku rasa nervous semacam bila cakap dengan polis padahal aku tak pernah ada rekod jenayah mahupun simbah asid di mana-mana pun. -______-'


Mungkin kerna aku berpakaian sangat 'sopan' dan menutup 'aurat' ketika itu. Itu yang buat aku nervous lebih dan takut kot?


Ingatkan aku dah selamat,aku sambung sesi joyah dengan kawan kakak aku di YM. Cakap aku kena serang dengan polis di rumah and all. Boleh dia cakap polis tu datang nak mengorat aku? Eh Eh,agak-agak la yer! Aku tengah takut to the max,boleh pulak manusia tu bergurau senda. Sangat tak sesuai~~


Diaorang U-turn di hujung jalan taman perumahan aku ni dan stop betul-betul depan gate right wing rumah aku. Lama sangat diaorang stop kereta depan rumah aku. Aku agak diaorang tak puas hati lagi dengan jawapan yang aku bagi kot?


Lepas tu si polis muda yang berpakaian kemas berkemeja tu pun tanya beberapa soalan lagi ke aku. Aku makin nervous lalu aku tanya;


"Ni ada apa sebenarnya? Saya tak paham!"



Lepastu baru aku dapat tahu yang penyewa yang menyewa di salah satu rumah sewa/homestay ayahanda aku tu telah ditangkap polis semalam atas sebab-sebab tertentu. Haish!


Nasib baik la,aku ingat diaorang nak tangkap ayahanda aku. Sebab tu aku takut nak jawab soalan apa-apa pun. Lain kali tolong cakap bior terang sikit ye...


Sekian sahaja pengalaman pahit manis hidup ini.

No comments: