09 June 2011

Day 52

9 June 2011


Ohhoiiii~ Baik punya skip updates kan? Maap ler,teman malas bebenor lately. Rase macam tersaloh makan ubat pulak. Ghasak jela.


Harini ke MRSM adik untuk ambik barang-barang beliau. Beliau 'tergedik' nak tukar MRSM dekat rumah kononnya,tengok-tengok dapat MRSM dekat Perlis nun. Jadi orang siam la kau dik. Sabor jela -______-'


Sempat visit rumah mak saudara jauh di kawasan MRSM lama adik tu. Rumah super duper bersih dan kemas! Kagum sangat! Udah ler hidup sepasang suami isteri je,tengok rumah diaorang rasa calm and tranquil je. I like!


Oh,alhamdulillah harini selamat berpuasa sunat 1 hari di bulan Rejab. Terasa sangat ingin mencontohi kawan ibunda yang setiap tahun akan berpuasa 3 bulan berturut-turut tanpa skip 1 hari pun dari bulan Rejab hingga Ramadahan. MasyaAllah!! Besar betul kesabaran beliau kan? Besar jugak pahala yang bakal diperoleh...


Takpelah,aku newbie lagi.Tak mungkin aku dapat puasa direct 3bulan ni. Al-maklum ler ABC setiap bulan kan. So,kira out of league. Hopefully aku dapat kekal berpuasa setiap isnin dan khamis setiap minggu. InsyaAllah i'll try my best. Nasib baik puasa ganti pun dah settle last Nov. So,tak rasa beban sangat kalau tak dapat buat secara istiqamah pun,tapi NAK SANGAT ISTIQAMAH sebab semakin tua semakin banyak dosa yang dah buat,I need something to tampal segala lubang-lubang di sana sini. :(


Rahsia kenapa suka ganti puasa cepat-cepat (within Syawal-Zulhijjah)
# waktu berbuka puasa masih awal as in 7pm-7.15pm. Ce puasa sekarang (di Kedah),waktu berbuka pukul 7.32pm okay!

#dapat pahala lebih kalau puasa bulan Syawal,setiap hari berturut-turut. Killing two birds with one stone lah kiranya.

#bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian :P



Itu aje nak cakap. Tadi punya lah rempit,berbuka puasa pun time nak masuk gear di traffic light. Tak baik melengah-lengahkan berbuka kan,so telan keropok lekor terus memandu macam biasa. Pecut balik rumah dan terus menelan Nasi Kandar tanpa rasa bersalah.


Oh,lupa nak cakap harini TAK BERSENAM pun.huaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.................


I want to lose 3kg!!

No comments: