12 June 2011

Demam Rancangan Realiti TV

Sebut saja Rancangan Realiti TV ataupun lebih sinonim dalam masyarakat kita dengan term "Reality Show",pasti rancangan seperti Akademi Fantasia,Maharaja Lawak, Raja Lawak, Mentor,Imam Muda, Sehati Berdansa berada dalam fikiran anda.




Aku sendiri pun tak terlepas daripada terkena jangkitan demam Reality Show ni. Pastinya rancangan yang begitu secocok dengan aku sejak 5 tahun yang dulu ialah Raja Lawak dan sekarang pulak Maharaja Lawak menjadi kegilaan aku.


Nasib baik aku mula cuti semester ketika rancangan tu baru nak masuk minggu ke 2. So,tak banyak yang aku ketinggalan. Lagipun Astro Warna memang asyik ulang benda yang sama sehari 12 kali.LOL.


Bagi peminat-peminat Akademi Fantasia,tepat jam 11.40 malam tadi rancangan Akademi Fantasia telah selamat disemadikan di Putrajaya setelah 9 tahun dilancarkan. Cukup lah tu aku rasa,orang pun dah mula muak dah dengan hiburan menyanyi-nyanyi macam ni.


So,bagi yang tak tahu Hazama merupakan pemenang tempat pertama untuk AF musim ke 9 (yang terakhir) dan diikuti dengan Lena, Fina dan Azri.



Kemenangan yang sudah dijangka sebab aku nampak si Hazama tu sorang saja yang ada "umphh" . Tak macam aku tengok final konsert Mentor 5 haritu. Semua finalist menyanyi memang meremang bulu roma den ha. Ayahanda yang terlalu depan living hall pun cakap suara diaorang semua sedap. Untung Mentor 5 dapat contestants yang superb macam tu.


After all,hiburan tu jangan melebihi had pulak. Pesanan untuk diri sendiri sebab tak habis-habis dok layan YouTube persembahan Jozan setiap minggu since 1st week until 11th. Tak kering gusi!!!! LOL.








p/s: Tengok kosert AF final sebab nak tengok budak-budak Alumni AF saja especially AF 1 & 2. Yang lain ke laut dalam berapi. Certain je boleh harap. Sekian

1 comment:

blogtube said...

apa pon jozan, sepah & jambu pilihan daku.... hahaha!!

ronda-ronda bersama My OBW...