Tiba-tiba aku dapat banyak pulak sms di pagi-pagi Ahad ni. Malas aku nak check,terus aku sambung tidur. Dalam pukul 9 pagi macam tu ayahanda call nak confirmkan yang beliau nak belikan tiket bas siang untuk aku sebab ayahanda cakap bahaya naik bas malam-malam untuk long distance. Nak naik flight memang dah fully booked since last month lg.
So,aku pun terima saja suggestion ayahanda itu walaupun hati meronta-ronta nak balik bus trip yang paling lambat iaitu tengah malam from my hometown to Kuantan.
Alang-alang ayahanda dah call,aku baca juga sms-sms tu semua.Terkejut!
Spontan aku lafaz "Innalillah hiwainna ilaihiroji'un". Sahabat-sahabat satu Kuliyyah aku ditimpa kemalangan kira-kira jam 4.30pagi tadi. Mereka semua dipercayai dalam perjalanan untuk bersahur (sumber dari sms,aku pun tak pasti kesahihahnnya,ada juga yang cakap mereka dalam perjalanan dari KL-Kuantan) lalu merempuh sebuah bas yang memang sudah mengalami kemalangan sebelum mereka merempuh bas tersebut.
Bila aku tengok nama-nama pelajar yang terlibat,aku macam kenal satu nama ni: Muhsin! Aku kenal beliau dari classmates beliau iaitu best friends aku; Azra,Fai and Sue. Sah! Memang beliau yang terlibat dengan kemalangan tersebut dan kereta tersebut milik beliau (Myvi or viva tak sure).
"I ingat sorang je accident. Rupanya 5 orang students. 4 first year, sorang 2nd year. Course Biomed. So memang kenal lah. antara berlima tu, 2 orang tenat. Seorang Izwar, dan Muhsin. Diorang ni memang otak gila2 sikit, happy go lucky gitu.
Izwar sekarang masih tenat, sampai Doktor dah mula ajar mengucap dekat Izwar. Muhsin pulak patah tengkuk. Bahaya jugak sebab tu vital. Yang lain patah kaki, cedera dekat kepala, mata, dan ada yang mengalami pendarahan luar otak. Tapi i still tak sure siapa. Sebab infoo dapat pun melalui sms." -http://cicakdanlelabah.blogspot.com
"Seorang mengalami pendarahan luar otak, berkemungkinan mengalami kesan teruk pada bahagian tulang belakang. Dipercayai orang kedua yang agak serius terkena akibat kemalangan tersebut.
Seorang luka di kepala dan mata, dan patah kaki kanan.
Seorang patah kaki.
Seorang, paling teruk. Masih dalam pembedahan dan terpaksa bergantung pada mesin pernafasan. Dan doktor sudah mula berpesan untuk mengajar saudara tersebut mengucap.
Dan seorang lagi ada di wad biasa."-http://qifslife.blogspot.com/
Seorang luka di kepala dan mata, dan patah kaki kanan.
Seorang patah kaki.
Seorang, paling teruk. Masih dalam pembedahan dan terpaksa bergantung pada mesin pernafasan. Dan doktor sudah mula berpesan untuk mengajar saudara tersebut mengucap.
Dan seorang lagi ada di wad biasa."-http://qifslife.blogspot.com/
Sama-sama kita berdoa agar Allah meringankan ujian terhadap mereka dan semoga mereka selamat dan sembuh. Doa orang-orang yang berpuasa itu lebih mustajab.
Allahumma rabban naasi adzhibil ba'sa asyfi antasy syaafii laa syifaa'a illaa syifaa'uka syifaa'an laa yughaadiru saqaman. Imsahil ba'sa rabban naasi biyadikasy syifaa'u, laa aasyifa lahu illaa anta, as'alullaahal 'azhiima, rabbal ' arsyil... 'azhiimi an-yasfiyaka.
Ertinya : Ya Allah Tuhan segala manusia, jauhkanlah kesukaran/penyakit itu dan sembuhkanlah ia, Engkaulah yang menyembuhkan,tak ada ubat selain ubat-Mu, ubat yang tidak meninggalkan sakit lagi. Hilangkan lah penyakit itu, wahai Tuhan pengurus manusia. Hanya padamulah ubat itu. Tak ada yang dapat menghilangkan penyakit selain Engkau, aku mohon kepada Allah yang Maha Agung, Tuhannya 'arasy yang agung, semoga Dia menyembuhkan anda. (HR. Bukhari dan Muslim)
p/s:sangat sedih sehingga rasa sebak bila fikirkan keadaan mereka.Mereka semua masih pelajar tahun 1 (sama batch dengan aku) dan seorang sahaja pelajar tahun 2 (Pharmacy student).
Jika tersalah informasi,harap dimaafkan.
No comments:
Post a Comment