It was unplanned. Yesterday iela sms me and asked me to accompany her to UUM to meet her coursemate who has PALAPES thingy there since last 2 weeks.
Iela fetched me and we both drop by Kedah Matriculation College to give some food for her sister whose currently studying there. And we continued our journey to UUM like a blind person because I never been to UUM since 2000 perhaps?
Kali pertama menjejakkan kaki ke UUM pada tahun 1996,masa tu aku pergi UUM mewakili Tadika Perpaduan ke peringkat daerah dalam pertandingan membentuk plastesin (begitu ke ejaan dia? hentam jelah labu). Kemudian pernah pergi UUM untuk kali kedua masa abang sepupu convocation,itu pun dah berkurun abad!
Semalam kitaorang memang depend dengan signboard 100%. Bila tak jumpa signboard hati mula resah sebab dua-dua orang buta jalan. Silap-silap nanti sampai Narathiwat pulak.HAHAHA over!!
gambar ni diambil masa nak balik. Sanggup iela keliling roundabout ni 4 kali sebab nak suruh aku snap jugak sampai dapat tapi ini sahaja yang berjaya diambil. Tsk tsk tsk *nangis tepi roundabout*
Goodbye UUM. See you again!
Alhamdulillah signboard amat membantu dan akhirnya sampai ke UUM dan berjaya menemui kolej penginapan budak-budak PALAPES UTM. PALAPES ni semua universiti terlibat. Contoh macam UTM,diaorang PALAPES Tentera Darat; IIUM pulak Tentera Udara; UPSI pulak Tentera Laut. So diaorang setiap tahun akan tauliahkan kadet-kadet ni lepas tamat sesi latihan selama 3 tahun. Kira PALAPES ni macam ko-kurikulum jugak lebih kurang tapi diaorang dapat elaun more or less macam gaji. Kira belajar sambil berlatih gitu...
Kawan iela ni dah tauliah tahun lepas. So dia hanya jadi Senior yang manage kadet-kadet ni. Masa kitaorang sampai dalam pukul 4 petang,semua kadet tengah kiwi kasut dan sampai ke pukul 6 petang diaorang still kiwi kasut! Sebab kawan iela tu cakap,selagi tak nampak imej gigi dekat kasut (means that a reflection like mirror) selagi tu diaorang kena kiwi kasut. Seksa wehhh!!
kadet-kadet tengah bebaris walaupun tengah kiwi kasut tapi kena tempik "Baris" oleh Senior-senior terus meluru lari ke tempat perhimpunan
Lepastu muka masing-masing tahap udang kena goreng/salai. Merah dan burn teruk sebab training 2 minggu. Iela ada bawak makanan and buah-buahan. Banyak sangat sampai diaorang punya ketua jurulatih pun datang makan. Aku dengan iela dah blur,nak kena panggil "Tuan" and tabik hormat jugak ke dengan ketua diaorang ni? HAHAHA sumpah blur sebab diaorang even sama umur tapi lain pangkat pun kena panggil "Tuan" / "Puan" walaupun kau belum kawin lagi. Sobss.....
It was a great exposure for me. Dan terjumpa WD yang pada mulanya tak ingat nama aku,padahal selalu dok tweet & comment dekat Facebook. Sekeh jugak dia nih. By the way, Congrats Wak,eh Tuan!! XD
Met few new friends there. Semuanya kawan se-universiti iela which is UTM. Dan semuanya dah grad walaupun sama umur saja kami semua :'( Dan ada sorang tu,Tuan R nama diberi; bukan main playful aku tengok tapi iela cakap dia tengah amik PhD sekarang sebab pointer time Degree dulu tersangat gempak dan beliau dapat fast track tak payah buat Masters study dan akan tamat PhD pada tahun depan insha Allah. Baru berumur 24-25 tahun kot next year!!! *nangis golek-golek atas lantai mengenangkan nasib diri :'( *
Lepas dah berjam-jam dok lepak & makan sambil tengok bebudak kadet tu,me and iela pun beransur pulang dalam pukul 6.30pm macam tu. Sebelum pulang sempat ambik gambar syiok sendiri menggunakan khidmat self-timer dekat taman depan bangunan Canselor.
my bestie :)
terlebih excited uolls
♥♥♥♥
Tahniah buat semua kadet-kadet PALAPES yang terlibat dengan Majlis Pentauliahan hari ini. Semoga negara lebih aman dan harmoni :)
4 comments:
Bestnya!! Kenapa la dekat UIA Kuantan xada? PALAPES ke SUKSIS ke...sobbsss
haha, kita salah haribulan..!
tp aku dah sampai sg buloh dah :(
#Nies Hanna
tu la,masa kami nak balik from uum aritu nampak bas UIA lalu..depa air force kalau xsalah,tak ramai sangat 1 bas ja....maybe dekat gombak ja,bencik!!
#iela_fadila alias
itu lah pasai!! hahaha tapi takpa,it was a great new experience for me. sebelum ni aku mana tau palapes ka papan lapis.huhuhu...selamat jadi nanny!!
Post a Comment