04 July 2012

Malam Nisfu Syaaban

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Malam Nisfu Syaaban (15 Syaaban 1433 Hijrah) Jatuh ketika Masuknya Waktu Maghrib Pada Hari Rabu (malam Khamis) 4 Julai 2012.
Pengertian Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam 15 Syaaban iaitu siangnya 14hb Syaaban.


Masjid Sultan,Singapore 2011


Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar.


Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:


Rasulullah SAW telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) bersolat sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda SAW bergerak. Kemudian aku kembali aku dengar Baginda berkata dlm sujudnya,  


"Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."


Setelah Baginda selesai solat, Baginda berkata kpd Aisyah r.a.


"Malam ini adalah maalm Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makhruf & nafi munkar) dan melambatkan rahmat & keampunan terhadap orang-orang yang dengki."


Nabi Muhammad S.A.W menggalakkan umatnya untuk bangun mlm & berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.



Jazakallahu Khairan Kathira =) 



credit to IM's Facebook

No comments: