08 August 2012

10 Ramadhan Terakhir, Final Lep

SubhanAllah, how fast the time flies! We are already on our 19th Ramadhan already and tonight we gonna start our last lep for the race! Are we gonna win? Tepuk dada,tanya iman..

Setelah melalui ibadah puasa selama hampir 20 hari, pernahkah kita bertanya kepada diri, adakah kita benar-benar menjadi hamba Allah yang bertaqwa atau sebaliknya ? Adakah ibadah kita diterima oleh Allah SWT?
image credit to Google


Ya Allah Ya Tuhan Kami, Berilah Kami Kesempatan Untuk Bertemu Dengan Malam Lailatul Qadar-Mu Ya Allah...


Firman Allah SWT: Maksudnya:

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur’an) ketika Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (Al-Qadr: 1-5)


Malam al-Qadr sengaja dirahsiakan oleh Allah Taala sebagai satu ujian kepada umat Islam di dalam mencari rahmat dan kasih-Nya. Bagi mereka yang benar-benar beriman keghairahan mencari reda Allah menjadikan mereka begitu teruja meningkatkan pencarian ganjaran berlipatganda yang dijanjikan oleh Allah SWT.


Sebaliknya bagi mereka yang alpa dan lupa, saat-saat ini seringkali dipenuhi dengan aktiviti persiapan hari raya yang menyibukkan mereka hingga terlupa untuk beribadah dan promosi istimewa pelepasan azab neraka yang dijanjikan oleh Allah di penghujung Ramadan.


Antara amalan yang boleh dilakukan bagi menghidupkan sepuluh hari terakhir Ramadan ialah :

#Menghidupkan malam dengan solat malam seperti tahajud, hajat, taubat dan juga berzikir kepada Allah.

#Digalakkan juga supaya mengejutkan ahli keluarga supaya bersama-sama menghidupkan malam dengan amal ibadah.

#Ibu bapa wajar mengajak anak-anak yang sudah dewasa khususnya bersama berqiamullail dan jangan biarkan mereka lena.

#Membaca doa :
image credit to Google


#Amalan beriktikaf juga wajar diteruskan di penghujung Ramadan ini iaitu dengan memperbanyakkan duduk di masjid untuk beribadat kepada Allah.


 Kata Imam Az-Zuhri: Maksudnya:

“Suatu yang pelik bagi kaum muslimin mereka meninggalkan amalan iktikaf sedangkan Nabi SAW tidak pernah meninggalkannya semenjak baginda tiba di Madinah (hijrah) hingga ia meninggal dunia”.





WE GONNA WIN!! Insha Allah

No comments: