Filem barat yang menghina nabi Muhammad itu memang mampu membuatkan umat Islam tidak senang duduk. Bahkan bukan setakat mereka berdiri bangkit menentang. Umat Islam kuat. Berani kamu cerca nabi kami? Tunggulah kami hancurkan kamu.
Lepas tu serang bangunan kedutaan. Lepas tu maki hamun di youtube. Lepas tu buat perarakan proteslah katanya.
Takutnyew sayew~ |
Aku kagum. Bahkan aku malu dengan diri sendiri. Aku hanya benci dalam
hati. Apa boleh buat? Nak luku kepala orang yang buat filem tu aku tak
mampu. Nak saman pelakon2 pun aku tak mampu. Nak tengok filem tu pun aku
tak lalu.
Cuma aku peliklah. Kenapa bila nabi dihina kononnya baginda itu
pedophile, kaki perempuan, suka seks, penipu, dan segala2 lagi kata2
hinaan yang dibuat dalam bentuk filem, ataupun karikatur, maka umat
Islam akan melenting selenting2nya.
Bila ada karikatur, which is dah lama dulu lagi dah ada, dan filem2 yang
menghina nabi pun dah lama ada, maka kita nampak hasilnya itu. Well,
it's a film so people watch it. And they find it offensive. Maka
bangunlah menentang.
Tapi bila ada dalam masyarakat perempuan yang tak menutup aurat, dan
lelaki yang tak menutup aurat (loser punya jantan) orang macam tak
berapa nak kisah sangat ea?
Dan dengan kes seks luar nikah atau bahasa indahnya zina (ambil dari
Quran istilah ni of course lah indah), tak banyak pulak orang yang
melenting2.
Dengan bertambahnya maksiat2 yang terang nyata di mana2, sampaikan orang
dah tak peduli dengan maksiat itu, pun orang diamkan saja. Biar
sajalah. "Bukan anak aku" katanya.
Dosa2 itu, agama pun ajar supaya sembunyikan. Dan agama juga ajar agar
jangan disebar2kan. Jangan cari pula dna jangan siasat jika tidak perlu.
Tapi dosa yang dijaja2 tu apa cerita? Beli dan tunjuk merata, sampai
orang terbiasa?
Aku bukan pengkaji sirah nabi. Tapi aku tahu nabi disakiti. Bukan
setakat secara fizikal dan mental, bahkan dipulaukan oleh seluruh
masyarakat. Nabi itu pernah dibenci. Setakat yahudi nak benci nabi buat
filem mengatakan baginda itu gila seks, aku rasa nabi tak sedih pun.
Dan mengikut cerita, Jibril tu, yang gagah perkasa tu, pernah terlalu
tersentuh dengan perbuatan masyarakat Taif (kalau tak silap) dan siap
buat tawaran lagi. "Muhammad, those people dah melampau gila ni. Hang
habaq ja kalau hang nak, aku boleh terbalikkan gunung ni biaq mampoih
semua!" well Jibril tak kata macam tu lah tapi situasinya some sort like
that la.
Sebuah filem menghina nabi? Nabi tak terhina pun. Apa sangat masyarakat
hari ini buat boleh sakiti nabi? Nabi dulu disakiti lebih lama. Filem
itu maybe sejam dua. Nabi dipulau 3 tahun. Tak mati pun nabi. Tak sedih
pun nabi. Tak kecewa tak patah hati tak dendam tak tak tak.
Tapi cuba refleksi diri dan masyarakat.
Nabi ajar kita suruh ikut agama ikut Allah ikut panduan yang baginda
bawa. Pernah dengar hadis nabi kata "Maka perangilah orang2 yang
mengutuk aku" muttafaq alaih. Pernah? Aku tak pernah. Tapi kalau ada
sila share. Aku boleh belajar. Bagi sanad dengan matan sekali.
Bila nabi ajar arak itu haram, berapa ramai muslim yang meneguk arak?
Nabi ajar pergaulan bebas itu haram, berapa ramai penzina di luar sana?
Penzina pun dah ramai nak mampus, apatah lagi penzina pramatang lagilah
banyak nak mampus.
Malangnya 'nak mampus' dalam ayat di atas ialah sebagai kata penguat
yang bermaksud 'sangat'. Kalau betullah penzina ramai nak mampus dalam
erti kata sebenar, yakni para penzina ramai yang berada di ambang
sakaratul maut, maka Alhamdulillah.
Aman dunia. Selesai masalah buang bayi. Taklah pening kepala dengan kes
buang bayi dari tingkat tiga. Hari ini tingkat tiga. Esok lusa buang
dari tingkat lapan pulak ye?
Kalau kau hidang depan nabi, sebuah laptop dengan link video filem
Innocence of Muslim, dan satu lagi gambar umat dia masa sambutan tahun
baru. Kau rasa baginda nak menangis masa tonton yang mana?
Fahamilah umat Islam di dunia hari ini. Yang ada semangat jihad pun
bukan semua. Tambah pulak rakyat Malaysia bangun celik mata dah merdeka.
Kita dah biasa bebas. Bila terjajah kita akan mati. Mungkin bila
masanya sampai nanti kita bangkitlah. Mungkin.
Tapi buat apa nak perangi kafir yang menghina nabi sedangkan umat Islam
sendiri masih tak segan silu menghina nabi? Yang hina Allah pun banyak.
Kalau jenis senyap2 tu tak apa lagi. Masing2 ada malaikat catat amalan.
Tapi yang aku benci bukan mereka.
Kita hina nabi tanpa sedar, kenapa tak ubah yang itu dulu? Bukankan
sebaik2 jihad ialah jihad memerangi hawa nafsu? Kalau tak dapat kawal
sepenuhnya pun, asal jangan tunjuk sangat pun jadilah. Sebagai
permulaan. Pemaksiat yang bijak menyembunyikan kemaksiatannya tahniah
aku ucapkan. Biarlah orang kata hipokrit pun. Tapi jangan lupa
bertaubat. Hehe.
Pada pendapat aku, orang2 bukan Islam melihat betapa negara Islam itu
sendiri tak sebagus mana. Negara Islam juga ada kes jenayah bertimbun.
Rasuah diamalkan. Arak dijual. Pelacuran pun ada. Jadi di mana bagusnya
Islam?
Mereka tidak memahami keindahan Islam kerana kehodohan muslim. Salah mereka kah?
Atau salah muslim kerana tidak mempamerkan keindahan Islam yang dianuti sejak kecil?
Mungkin salah Tuhan kerana menggunakan perantaraan rasul yang merupakan seorang manusia dan bukannya malaikat?
Allah maha suci dari sebarang bentuk kelemahan dan kesalahan. Bukan
salah sesiapa bahkan salah kita lah. Kita promote keamanan tapi kes
jenayah yang berlaku tetap berlaku. Undang2 kita tak ditakuti bahkan
penguatkuasa undang2 pun bukan semuanya telus.
Kita promote kejujuran tapi bila ada rasuah kita buat2 pejam mata.
Kita promote kebersihan tapi masjid pun selalu kotor.
Kita promote kesucian keturunan tapi perkahwinan dijadikan susah dan zina berleluasa.
Kita promote pengetahuan tapi pendidikan disekat2 dan diberatkan dengan birokrasi.
Kita promote keadilan tetapi kalau ada kes rogol kita lepaskan dengan syarat berkelakuan baik.
Kita promote blog tapi entry tak best eh eh off topic pulak. Hehe.
So think about it people. Aku bukan nak bela kafir yahudi semua tu.
Cumanya, mereka memang sedia maklum membenci Islam. Mereka benci nabi.
Mereka benci Allah. Mereka benci kita semua.
Jadi apa peliknya mereka nak buat filem hina nabi kita? Perlukah kita
lawan? Seolah2 kita membela ikan dan kucing dan kucing itu memakan ikan.
Perlu benci kucing itukah?
Kenapa tidak kita jaga elok2 ikan kita? Letak di tempat sepatutnya, beri
perhatian yang cukup. Ok analogi aku sangat lemah kalau dalam debate
konferm kalah. Tapi kamu daham maksud kau kan?
Islam itu perpaduan tapi dalam Islam sendiri terlalu banyak pecah2nya.
Kalau perpecahan sebab beza pendapat feqah tak apa lagi. Masalahnya
perpecahan umat yang ketara sangat sampai jadi bahana kepada Islam itu
sendiri.
Memerangi kafir yang menghina Islam itu jihad juga aku rasa. Cumanya
itulah. Kalau bertatih pun belum reti, takkan kau nak berlumba lari?
Dengan Usain Bolt pulak tu. Konferm kalah.
p/s: My lecturer advised us the students to perform AT LEAST 2 rakaat of SOLAT SUNAT NAWAFIL for our Prophet SAW everyday.
No comments:
Post a Comment