Sejak dewasa ni, aku mula bijak mengalih pandangan bila aku rasa sesuatu perbuatan itu bakal merangsang organ-organ dalamanku untuk mengeluarkan segala isi perutku. Iya, aku ada isu dengan adab ketika makan.
Mungkin aku dibesarkan oleh seorang wanita yang mementingkan kebersihan dan sangat cerewet mengenai adab di meja makan, sedikit sebanyak aku mewarisi gene tersebut. Contoh bila seseorang tu makan nasi berlaukkan kari kepala ikan, jari jemari lincah meramas mesra nasi bersama kuah kari sehingga tapak tangan sebati dengan kuah kari. Ya, itu dapat mengundang loya di tekak aku.
Contoh kedua bila Mamat, si becok suka bercakap sambil makan dan menyembur-nyembur nasi yang sepatutnya dikunyah dalam mulut tapi tempias mengena pipi kau. Apa kau rasa? Aku rasa nak muntah :/
Dan terakhir sekali bila Mamat makan dalam keadaan yang sangat laju,bukan kerana mengejar masa untuk berjemaah solat Jumaat tetapi kerana habitnya suka makan laju dan akhirnya sisa nasi dan kuah kari melekat di pipi, misai, janggut dan jambang beliau.
Sebagai seorang yang tak sempurna, aku juga selalu bercakap ketika makan. Jelas, itu bukan seperti suruhan Rasulullah SAW. Tetapi bagi aku, adab di meja makan amat penting kerana ia melambangkan keperibadian seseorang.
p/s: Aku seorang pemakan yang mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan makanan. Sebab tu aku selalu kena perli "kunyah 44 kali ke"? Hahaha Tak mengapa,demi menjaga sistem penghadaman katanya :D
2 comments:
Assalamualaikum :)
Alahai baca pun dah loya tang makan yang gaul habis nasi sampai ke tapak tangan, dengan kena misai jambang lagi T__T
Nasib baik saya jenis yang makan tak tengok orang ihikk ! :D
Stumbled upon your blog masa tengah google pasal Habit Art Cafe kat Loqstaq tu tadi. Hehe :B
@Alia Laila
hehehe nice to know ya! Orang loqstaq jgk maybe?
Post a Comment