18 August 2014

Resepi Mee Kari [Newbie]

Salahkan gadget semalam seperti biasa tak punya kerja selain daripada cuci baju, kemas rumah, online, lipat kain, siram pokok bunga dan juga memasak. Setiap hari repeat benda sama -___-"

Sedang scroll timeline tetiba rasa teringin nak google gambar mee kari. Padahnya pukul 9pm semalam ajak Mak terjah Tesco Jitra beli tauhu goreng yang berongga tu untuk buat mee kari.



Sambil masak sambil google resipi. Boleh gitu?

Aku memang menerapkan prinsip masak ikut gerak hati. Memang dah tengok resipi daripada internet sebelum memasak tapi bila dah mula memasak aku akan ubah suai ikut keadaan suka hati beta. Haha


Bagi yang tak pernah masak mee kari macam aku, bolehlah ikut resepi hentam asal boleh ni. Bagi yang dah expert mohon tunjuk ajar ku sifu.


Resepi Mee Kari

Bahan-bahan (Kuah):

 *kisar halus untuk tumis:
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 inch halia
1/2 inch lengkuas
1 batang serai

3 sudu besar rempah kari (ayam)
2 sudu besar cili giling
Minyak
Santan kotak low cholesterol (100mL)
Air
Asam keping
Garam

Ayam dipotong kecil-kecil
Fish cake
Fish ball
Tahu goreng berongga


Bahan-bahan sampingan:

Mee
Taugeh
Kacang panjang
Cili merah
Telur rebus


Cara-cara memasak:

1. Panaskan minyak masak, tumis bahan kisar sehingga garing
2. Masukkan rempah dan cili kisar. Kacau sehingga naik minyak
3. Masukkan ayam dan kacau sehingga naik minyak
4. Masukkan santan dan air
5. Masukkan fish cake, fish ball, tauhu rongga dan asam keping
6. Masukkan garam secukup rasa. Biar mendidih
7. Siap dihidang bersama mee dan bahan-bahan sampingan.









No comments: