09 January 2010

random

beberapa fakta tentang diri saya:

**mempunyai selera makan yang luar biasa semenjak patahatiretakjantung 7 bulan yang lalu,tetapi hanya berjaya menambahkan berat badan sebanyak 1kg sahaja?how come?

**nampak garang (unfriendly) di luaran,tetapi bila dah kenal mungkin anda akan turut menjadi gila-gila seperti saya.

**setiap masa asyik memikirkan tentang makanan yang lazat-lazat di dunia ini


**mummy's daughter (jangan gelak!)


**sedang memujuk my mom untuk membeli sebuah camera godang slr EOS


**memiliki buahhatipengarangjantung bernama perodua Kelisa kenit


**pernah hilang arah tujuan selama 3 bulan ++ di tahun 2009 kerana patahatiretaklimpa


**sedang berusaha untuk membuat satu pusingan besar di dalam hidup (a big turning point in life)


**sangat menggilai benda/pakaian/rambut berwarna MERAH


**membenci si stalker yang suka menyibuk di blog private saya (step back!)


**meminati filem-filem Hollywood dan Bollywood.


**teruja dengan pemandangan bulan purnama/penuh/mengambang kerana itu adalah anugerah-Nya yang tak ternilai


**meminati bidang seni reka grafik sejak dari usia 13 tahun


**mula menjinakkan diri dalam bidang photography (i need more time to learn and practice)


**memiliki suara yang pelik jika bercakap di dalam telefon seperti budak perempuan berumur 11 tahun.


**seorang yang degil dan tak suka orang yang memaksa/terpaksa/dipaksa


sudah la merepek di sini. sebenarnya tak ada kerja nak buat (padahal text book Physics tengah menanti),jadi tercetus la entry yang tak berkualiti ini.

No comments: