29 March 2010

Bengang

analogy nya begini;

bayangkan anda yang sudah lama tidak ketemu dengan orang tersayang. Bagaimana perasaan anda tiba-tiba orang tersayang itu ingin pulang ke tanah air dan ingin bertemu dengan anda? Sudah pasti anda gembira seperti mahu terbang ke planet Marikh mahupun Pluto kan?

Seperti yang dijanjikan,anda akan bertemu dengan orang tersayang tersebut di tempat yang telah dijanjikan oleh kerana beliau sudah terlupa jalan untuk ke rumah anda.

Pada hari kemuncak tersebut,anda berpakaian kemas agar tampak cantik dan wangi di hadapan orang tersayang nanti. Hati anda terlampau teruja dengan pertemuan dua jiwa ini.

Tiba-tiba,kereta yang ingin dinaiki oleh anda tidak dapat dihidupkan enjinnya. Anda mula panik. Kawasan rumah anda pula memang tiada perkhidmatan kenderaan awam. Jiran sebelah menyebelah semuanya masih di tempat kerja.

Kamu berusaha mendail nombor telefon orang tersayang tetapi malang,dia belum memiliki telefon bimbit dek kerana baru tiba di tanah air dan belum sempat untuk berbuat demikian.

Akhirnya anda pasrah,pertemuan kali ini tidak berjaya. Mungkin kah pertemuan kedua akan berjaya?

Tersiratnya di sini; Aku bengang!! Semuanya hampir pasti semalam,tapi kini ianya hampir hancur berkecai seperti bulb mentol jatuh di atas jalan yang bertar!!When you almost get it,but unfortunately you can't grab it. It feel sucks!

p/s: analogy di atas adalah sedikit merepek!Tiada kaitan dengan yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

No comments: