Sila buat perbandingan dengan jelas,baru 4 bulan aku dah merepek sebanyak 153 entries?!!
Entah berkualiti ke tak semua entry aku tu?
Kalau nak dibandingkan dengan blog pertama,aku memang tulis semua aktiviti harian aku. Aku makan apa pun aku cerita semuanya since it is my private blog so I have free space to shout it out.
Tapi,dalam private blog macam tu pun aku tetap kena hentam dengan anonymous. Entah lah,mungkin ada dikalangan "kawan-kawan" aku itu tak suka dengan cara pembawakan diri aku serta penulisan aku;mungkin.
Like most blogger said,"Ini blog aku,suka hati lah aku nak tulis apa pun".
Aku tetap emo jugak time kena hentam tu,tapi tak mengapa.Pengalaman mengajarku erti menjadi lebih matang dan sentiasa berhati-hati apabila menulis. Ini bukan diary yang aku boleh kelek merata-rata tanpa ada sesiapa pun membacanya. Ini diary online,satu dunia boleh baca.Jadi aku harus lebih berhati-hati.
Blog aku yang pertama itu sudah semakin lesu tak bermaya sekarang. Yelah,aku dah 'tak ada' apa-apa yang menarik pun untuk ditulis di sana. Rutin harian aku pun sama saja. Makan,online,tidur,driving,ambik gambar,makan lagi. Hah,ulang yang tu jelah. Bosang!!
Kalau nak ikutkan,aku ni memang seorang yang suka bercerita. Mungkin sebab itu aku banyak menulis benda crap macam ini. Harap korang semua tak menyampah dengan aku :(
Dalam tak sedar,ramai jugak kawan-kawan aku baca blog picisan aku nih. Nak gelak pun ada,tapi aku lebih merasa MALU lebih daripada perasaan bangga kerana aku menulis berdasarkan mood aku.
Langsung tak berfaedah lah aku rasa (kecuali part recipe dengan tips). Yang lain semua kedaung jatuh dalam gaung la gamaknya.
Aku amat menghargai korang yang sudi membaca blog tak berkualiti dari aku ini.
Aku menulis bukan kerna duit mahupun nama,tidak juga kerana glamour.Tapi aku menulis kerana aku seorang yang 'gila tulis' dan mahu melontarkan segala yang aku rasa di satu tempat yang bisa buat aku tenang,iaitu BLOG.Lillahita'ala.
Appreciate everything your associates do for the business. Nothing else can quite substitute for a few well-chosen, well-timed, sincere words of praise. They're absolutely free and worth a fortune.
No comments:
Post a Comment