28 May 2010

Logo CROCS dan kalimah Allah

aku tertarik untuk memberi komen/pandangan peribadi aku tentang isu yang hangat diperkatakan ini di laman Facebook. Sana-sini asyik meng-tag gambar kasut CROCS yang kononnya mengandungi kalimah Allah pada logo brand tersebut.

Ingin ditegaskan di sini,aku bukan ahli alim ulama' yang berpengetahuan luas tentang hal sebegini.Aku hanya pemerhati keadaan yang ingin memberi pendapat sendiri.
credit to that group in Facebook

Pada pandangan aku,dan melalui daripada beberapa pembacaan logo crocs di atas ini sedikit berbeza dengan logo crocs yang original.Almaklumlah,sekarang banyak benar barang tiruan tambah-tambah di blog.Memang bak cendawan tumbuh selepas hujan lah. Then ada pulak yang ambil kesempatan jual dengan harga yang mahal seperti harga barang original.

Aku tak menyebelahi mana-mana pihak sebenarnya,sebab aku bukan penggemar brand ni.Tapi bagi aku,kalau korang nak boikot mahupun nak buat sesuatu tindakan,lebih baik buat banyak pembacaan dulu tentang isu tersebut.Mungkin ia dapat membantu anda semua untuk membuat pilihan.Ini ada salah satu blog yang buat review tentang isu ini.

Tepuk dada,tanya iman.Jangan ikut nafsu.Semua benda ada baik dan buruknya.Kalau masih rasa was-was,tak perlu nak ikut trend.Pakai saja selipar jepun yang RM2 satu pasang tu. Jika korang rasa okay dan semua ni hanya fitnah,pakai saja kasut crocs tu.Tak ada siapa nak halang.Its all about our own right.

Bila dunia di hujung zaman memang lah macam ni.Ramai manusia nak mengaku alim ulama' tetapi diri sendiri masih belum cukup teguh imannya.Wallahualam.Sama-samalah kita saling memperingati antara satu sama lain kerana kita tak lari daripada sifat alpa.


p/s:header baru macam budak sekolah tadika.harap maaf.mood tengah goyang~

No comments: