30 June 2010

Survival

Kepada rakan se-university,sila jangan bengang-bengan dengan website PTPTN ya?Biasalah tu,orang yang nak apply berjuta-juta dan website ada 1 saja.Terpaksa lah strive sikit untuk senang (masa dapat duit saja lah,masa nak bayar parah jugak) di masa hadapan kan? Syabas kepada mereka yang telah berjaya memohon dan selamat berusaha untuk yang masih berusaha. Anda ada 30 minit saja lagi sebelum tarikh tutup.

Aku tak nak buat hutang lagilah buat masa sekarang,aku takut tak mampu nak bayar wang PTPTN kelak dengan tambahan interest rate yang agak tinggi dan mungkin menjurus kepada unsur riba.Selagi termampu,aku nak guna duit ayahanda dan ibunda dulu. InsyaAllah cukup.

Tadi masa lepak bersama Iela,twinny dan Jerry di tasek for the last time for this summer break kami didatangi oleh seorang budak kecil,lelaki. Dia datang sambil membawa raga (bakul) berisi kueh/krepek tradisi orang Melayu.

Wajah budak lelaki itu ceria,ringan mulut sambil bertanya sama ada mahu membeli kueh/kerepek tersebut atau tidak. Aku baru teringat,dulu Jerry ada ambil gambar budak jual kueh ni,dan budak tu cakap itu abangnya.

Dia cakap emak dia buat kueh ni dan hantar dia ke tasek untuk jual dan emak dia akan jemput dia semula pada lewat senja.Guess what? Budak tu baru darjah 1!!
beginilah nasib beliau,kais pagi makan pagi

Aku tertarik nak kenal dengan budak tu,lalu aku mendekati dia bersama cameraku. Aku mula bertanya tentang kehidupan dia.

Sumpah aku nak nangis!! Aku bersyukur sangat dilahirkan dalam keluarga yang sebegini.Aku bersyukur,Alhamdulillah sangat!!

Ini petikan perbualan antara aku dan adik tu:

A's: Adik darjah berapa ni? Pukul berapa mak adik hantaq mai sini?

Adik: Saya baru darjah 1. Saya tolong mak saya jual kueh petang-petang lepas balik sekolah sampai pukul 7 lebih mak saya mai ambik saya balik.


A's: Habistu adik buat kerja sekolah pukul berapa? Adik tak letih ka?


Adik: Malam saya buat la kerja sekolah


A's: Adik ada berapa adik beradik? Ayah adik kerja apa? Emak adik?


Adik: ada 9 orang,saya yang ke 5. adik saya yang ke 6. Adik yang paling kecil umur 1 tahun. Ayah kerja guard (security) di sekolah,malam-malam kerja guard di C-Mart (Pasaraya di Jitra). Mak buat kueh.


A's: Habis tu,abang-abang dan kakak-kakak adik buat apa?Awat adik yang kena mai juai dekat sini?


Adik: Depa semua lepas balik sekolah terus tidoq,saya sorang saja tolong mak jual kueh.


A's: Adik tak takut kena rompak ka bawak beg duit dekat pinggang macam tu?


Adik:
*geleng-geleng kepala*

A's: Adik pandai kira ka? Kalau ada orang bagi duit RM 10 dan dia beli 3 pack kueh ni,berapa adik nak bagi baki?


Adik: kalau beli 3 bungkus RM 4.50 kan? (setiap pack RM1.50). Jadi kena bagi balik RM 5.50


A's: kalau beli 2 pack?


Adik: 2 bungkus RM 3 kan? Bagi balik RM 7


A's: Okay,kakak beli ni satu.Adik jaga diri baik-baik tau! Jangan bagi orang curi duit adik! Sebagai balasan,adik kena posing dulu kakak nak ambil gambar adik na?


Adik: sat sat! Nak buang ni
*sambil buang raga yang digendong


note:adik ni memang membahasakan diri dia "saya"



bila aku suruh posing

Dah settle ambik gambar,
Adik: Terima kasih! Jual na.Bye bye

Adik itu pergi berlalu dengan riang.Aku semakin sebak memikirkan ada lagi 5-6pack kueh di dalam raga adik tu.Kalau tak habis dijual mungkin dia tak boleh balik rumah.Begitulah tugas beliau setiap hari.
bye bye adik! semoga adik menjadi anak yang soleh dan berjaya kelak!

Apa anda rasa jika adik-adik anda yang berumur 7 tahun pergi menjaja di luar seorang diri tanpa pengawasan ibu bapa dan terpaksa merayu untuk orang-orang membeli kueh tersebut?APA PERASAAN ANDA? omg,aku dah menangis sekarang.

Semua orang perlu ambil ikhtibar melalui kisah adik ni.Kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada.

Begitu juga dengan rakan-rakanku yang tengah bergelut nak apply PTPTN. Jangan mudah berang ataupun melatah,kita nak mintak bantuan dengan orang jadi adalah lebih sopan jika kita terus bersabar dengan apa jua cabaran yang harus kita tempuhi.
Jangan nak memaki hamun PTPTN ataupun mana-mana pihak di Facebook mahupun Twitter.

Kalau kamu semua di tempat adik tu,adakah kamu akan maki-maki hamun untuk orang beli kueh mak dia??Sabarlah..setiap kesulitan itu pasti akan ada kemanisan dan semua manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada dan berharap agar dimurahkan rezeki untuk hari yang mendatang.

Kisah ni banyak mengajarku agar lebih appreciate dengan apa yang aku ada sekarang.Kadang-kadang aku terlalu ikutkan nafsu nak beli semua benda.Bila aku tengok ada orang yang lebih memerlukan daripada aku,baru aku sedar yang aku sangat tamak dan mementingkan diri sendiri.

Maafkan aku jika kata-kata aku di atas menyinggung perasaan sesiapa.Aku hanya ingin berkongsi rasa dengan anda semua.Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang cela itu datangnya dari aku,hamba Allah yang hina.

8 comments:

Sang Harima said...

cibai punya abang dan kakak dia yang empat lagi..

baguslah kalau dah sedar. satu lagi, makan nasi kasi habis ye.. sebab biasa biasa, gurl tak suka makan nasi sampai habis.. tak vogue gitu..

ye dok?

a's said...

memang agak samseng abang dan kakak dia tak tolong pun.

buat masa sekarang masih belum beranggapan sebegitu encik sang harima.vogue apakah saya bukan diva ala-ala datuk ct.

makan nasi pun dengan sambal belacan,tak perlu nak vogue.tak ada siapa nak kisah.makan sampai licin,ikut sunnah nabi.he-he

fikah © said...

kecik2 lagi dah tolong mak.
anak berbudi betul.

ptptn tu memang kena banyak sabar.
apply haritu, memang bengang.
siap hantar emel, tapi 1minggu xreply2.
kena tepon dorang terus.
tapi dah habis deadline dah tu.
syukur la sume dah setel awal2.

kesian kawan2 yang ada prob tu.
tp nak wat camne, mcm anna ckp la, website 1 je, orang masuk je berjuta.
heeee.

a's said...

sgt kesian fikah! td rasa dah nak tubik air mata ni.

mungkin dia akan dapat something nanti,mudah-mudahan dia berjaya.dia bijak matematik tau,kejap ja dia kira.

tahniah anda berjaya!hehe,nanti boleh belanja anna :p

wahidakhairy said...

anna...

akak suka entry ni..good writing n thinking...
i cant simply tgok this situation n feel crying..kesian budak2 kecik ni..they dont deserve to do this..anak tu amanah Tuhan untuk ibubapa..walau susah mcm mana pun, selagi termampu, ibubapa yg kn cari rezeki untuk anak2..diorg yg kn jaga anak-anak diorg, cari rezeki, bagi makan pakai untuk anak2 diorg..huh, sgt sedih bila baca entry ni n i have experience this before..

semoga budak ni jadi anak yg baik, pelajar yg pintar yg mampu mengubah kehidupannye nanti..Ameen,,,,

a's said...

terima kasih kak.tapi memnag kesian sgt tengok adik ni.muka dia langsung tak nampak kan diri dia yang tengah susah tu.dia happy je dan layan setiap pertanyaan kitaorang.

agak kurang wajar membiarkan anak berumur 7 tahun menjaja seorang diri macam ni.dia belum pandai menguruskan diri tapi dah nak kena kerja untuk keluarga.

memang dia seorang yang tabah dan bijak kak. :(

jaya jr said...

haha,pengakhiran nye,PTPTN x di isi.wakaka..

tp cite ni memang bes..macam dlm buku prosa tradisional skola menengah dulu.

a's said...

jaya jr- betul! macam dalam novel tu sehijau warna daun ke apa entah.tak ingat.memang dalam realiti pun ada kisah macam tu.

haha,takpe..next semester apply lagi eh.apply la JPA/MARA or other organizations pulak