27 July 2010

Teluk Cempedak with love

Hari Jumaat lepas,usai sudah impian dan cita-cita Azra,Sue,Wana,Srii dan aku untuk melepaskan tension di Teluk Cempedak. Akibatnya,habis sakit-sakit satu badan aku kerana drive kereta sewa which is manual car (Kancil) yang stereng keretanya ketat/keras nak mampus dan gear susah nak masuk!!! Sakit tangan aku weh bila nak pusing stereng tu,tambah-tambah time nak parking dan U-turn.

Ada sekali tu sampai Azra tolong pusingkan stereng tu bersama-sama aku sebab nak U-turn.Gila!! Aku tak tahu berapa lama kereta tu tak refill minyak stereng dia.

Disebabkan semua yang lain tak boleh memandu di jalan raya atas sebab-sebab tertentu,maka aku dengan menang tanpa bertanding menjawat jawatan "driver of the day"!

Mula-mula kitaorang pergi Bank rasmi universiti kitaorang dulu.Jauh jugak lah dari universiti.Alhamdulillah tak sesat. Nak cari parking punyalah susah,ditambah pula dengan kepayahan untuk memusingkan stereng lagi,memang pergi!!!!!

Lepas dah settle masalah bank oleh Srii,Azra dan Sue kitaorang pun pergi cari tempat makan kejap.Belum lunch lagi.Lepas dah lunch terus solat Asar dan bersedia untuk bergerak ke Teluk Cempedak yang lebih kurang 6km dari Bandar Kuantan.

Alhamdulillah dengan khidmat signboard,kami berjaya sampai ke Teluk Cempedak dengan selamatnya.Ada aksi lucu juga di situ tapi just keep it as our secret jela.Tapi memang comel sangat macam dalam cerita Mr. Bean!! ha-ha

Baru saja nak keluar kereta,hujan turun membasahi bumi.Deng~~ Azra dah sedih sebab dia yang paling bersemangat nak main di tepi pantai. Kitaorang pergi ke Mc Donald's berhampiran pantai sebab Wana nak belanja ice cream. Thanks Wana,love you!!

Lepas beli ice-cream terus ber-photo gedik lah semua orang.Aku mungkin emo sikit time tu sebab teringat my Muhammad EOS 500d. If my baby ada di sini kan best??

Tapi tu la,lately banyak sangat kes kecurian (laptop,duit,handphone),so aku pun jadi takut nak bawak my baby dekat sini.

Lepas dah habis ambil gambar,terus gerak balik sebab nak pergi pasar malam depan universiti kitaorang.Nak beli barang basah untuk steamboat which is our signature dish! Sejak di foundation lagi kitaorang suka buat steamboat dan memang hingga menjjilat jari! Even though kami ditegah untuk memasak di dalam asrama tapi kami ada "alat magik" untuk memasak dan ianya bukan periuk belanga mahupun 'rice cooker'.

On the way balik tu,boleh pulak kereta kancil tersebut mati engine di tengah jalan sebab gear tak masuk.deng!!! Aku memang MALU gila time tu okay! Lepas tu boleh pulak sesat masa nak cari jalan balik ke universiti. Thanks Allah sebab aku suka ikut instinct dan akhirnya betul dan jumpa signboard universiti tercinta.

Balik bilik terus terbongkang while the others sibuk prepare masak the steamboat.Lepas banyak kali dipujuk untuk makan,baru lah aku gerak ke "markas steamboat" kitaorang. Sumpah aku letih sampai hilang selera makan okay!!

Whatever it is,this is my precious moment with my lovely girlfriends and I love them a lot!! Hopefully this friendship is not just a lie like others done to me.

No comments: