10 August 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Karim

Ramadan yang sarat dengan janji pahala dan keampunan tidak layak untuk kita sia-siakan. Sesungguhnya puasa zahir ditandai dengan berakhirnya siang, iaitu ketika mulai tenggelamnya matahari di tempat istirehatnya. Semasa berbuka lupa Ramadan sekejap, rasa dunia ini dia yang punya, pelbagai jenis air, bermacam-macam warna dan rasa, kuih tak tau la berapa jenis, belum lagi lauk pauk. Pendek kata tak ada ruang lagi la atas meja tu. Akhirnya semua itu akan dimasukkan ke dalam tong sampah kerana perut tak dapat menampung beban makanan yang masuk…membazir bukan.

Akan tetapi puasa orang-orang yang dekat dengan Tuhan, tidak berpenghujung. Tidak dimulai dengan syuruk dan tidak diakhiri dengan ghurub. Tidak dapat dihitung dengan bilangan jam dan batasan waktu. Malah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan mengharap reda Allah. PUASA MEREKA DIIRINGI DENGAN RASA BERTUHAN YANG MENDALAM DAN RASA HAMBA YANG MEKAR MEMBUNGA. Dirasakan Ramadan inilah rahmat dan kasih sayang Tuhan itu melimpah-ruah.

Pernah Rasulullah SAW, manusia yang agung bersabda: “Ada orang yang berpuasa tapi tiada baginya pahala, yang dapat hanyalah lapar dan dahaga”.

Ingatan ini mesti dijaga agar ibadah puasa kita tidak rosak dan sia-sia walaupun tepat syarat dan rukunnya.

Selanjutnya Rasulullah SAW memberitahu kita supaya banyakkan ibadah di bulan puasa kerana balasannya sungguh istimewa. Ia bulan pengampunan dosa juga bulan dikabulkan doa. Terhimpun kebaikan padanya. Syurga rindu orang yang memuliakannya.


Bagi orang yang menghayati Ramadhan yang diberkati, puasanya akan berkesan dihati hingga membina peribadi.

Nabi SAW bersabda: “Siapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan reda Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu dan kemudian”

Betulkan niat,tetapkan Iman dan beribadat lah demi mendapat keredhaan Allah. Jangan hanya melaksanakan ibadah puasa kerana malu jika tidak berpuasa di hadapan masyarakat (tapi masih ramai remaja yang tidak malu makan dan minum di siang hari dalam bulan Ramadhan di hadapan khalayak ramai).

Semoga Ramdhan kali ini lebih bermakna buat semua.Lillahita'ala.

Inilah puasa yang hakiki,hayatilah ia dengan penuh ketaqwaan dan ehsan..


“O People! The month of Allah (Ramadan) has come with its mercies, blessings and forgiveness. Allah has decreed this month the best of all months. The days of this month are the best among the days and the nights are the best among the nights and the hours during Ramadan are the best among the hours. This is a month in which you have been invited by Him (to fast and pray). Allah has honoured you in it. In every breath you take is a reward of Allah, your sleep is worship, your good deeds are accepted and your invocations are answered.

3 comments:

wahidakhairy said...

anna, salam ramadhan...semoga amal ibadat kita diterima Allah...Ameen..

wahidakhairy said...

anna, jom iftar geng samseng..cadangan yusry pls!!

shima said...

salam ramadhan.:)