17 August 2010

Kes Pembuangan Bayi,salah siapa?

Lately dalam halaqah,kitaorang sangat kerap membincangkan hal ni yang merupakan isu paling panas di Malaysia ni. Aku terpanggil untuk berkongsi/memberi nasihat/mengingatkan diri kita semua tentang petunjuk di sebalik isu ini.

Aku ada buat assignment pasal "End of World in Quranic and Scientific Perspectives" dan apa yang aku dapat ialah; Ya,dunia semakin menghampiri kehancuran.

Minor Signs of Qiyamah
-Music and musical instruments will be found in every home.
-People will indulge in homosexuality.
-There will be an abundance of illegitimate children.
-There will be an abundance of critics, tale-carriers, back- biters and taunters in society.
-People will establish ties with strangers and sever relations with their near and dear ones.
-Hypocrites will be in control of the affairs of the community and evil, immoral people will be at the helm of business establishments.
-Masjid will be decorated, but the hearts of the people will be devoid of guidance.

Kes pembuangan bayi meningkat sebanyak 54% dari bulan Januari 2010 hingga Ogos 2010. Apa lagi yang anda semua nak cakap? Dah terang lagi bersuluh kita ni ummat akhir zaman dan Qiyamat tu semakin menghampiri kita. Entah Jumaat minggu ni,tak pun Jumaat minggu depan Qiyamat berlaku.Na'uzubillah...

Masih dibuai mimpi keindahan duniakah wahai ummat Muhammad??

Kes pembuangan bayi ni hampir kesemuanya adalah daripada bangsa Melayu dan beragama Islam,agama Allah,agama syurga. Kenapa harus bezina! Aku tahu aku pun bukan baik kayak Khadijah isteri Rasulullah SAW, tapi aku tahu apa itu zina apa itu dosa apa itu azab neraka jahanam.

Mungkin kita pernah menghampiri/melakukan zina,tapi Allah itu maha pengampun. Masih terbuka pintu untuk kita bertaubat asalkan kita benar-benar tidak mahu mengulangi perbuatan maksiat itu lagi. Tak perlulah kita nak menilai orang lain,cukup lah sekadar kita bimbang akan dosa yang kita lakukan selama kita di dunia ini.Cukupkah bekalan kita untuk di akhirat sana?

Kadang-kadang aku terfikir,orang yang buang bayi ni tak ada akal ke? Kau tu siapa suka-suka hati nak mencabut nyawa makhluk suci dan salah seorang khalifah di dunia ini? Kau dah buat dosa berzina,kenapa masih nak membunuh pula?

Kalau ikutkan hati,memang aku nak pihak berkenaan jalankan hukum hudud untuk kes ni. Rejam penzina-penzina ini sehingga mati kerana Allah ada tulis hukum ni dalam Al-Quran.So,siapa berani nak menentang hukum Allah?

Orang ada cakap,mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Jadi,untuk remaja-remaja yang baca blog picisan aku ni sama-sama lah kita beristighfar dan sentiasa mengingati Allah dan berpegang teguh dengan ajaran-Nya. Aku pun selalu saja lupa,bila dah asyik sangat dengan hal keduniaan aku jadi alpa kerana aku juga insan biasa. Aku menulis ini hanya bertujuan untuk menyampaikan/mengingati dan menasihati diri sendiri serta rakan-rakan semua agar jauhilah zina.


Kalau nak ber'couple' pun,tak perlulah menghampiri zina.Macam di tempat aku belajar ni,ramai students yang dah khawin masa belajar malah digalakkan oleh pihak universiti. Mungkin orang akan cakap,tak sabar-sabar lah nak khawin awal dan di usia yang terlalu muda.Tapi orang yang tak khawin dan nikah tapi berkelakuan macam orang dah nikah tu apa kes pulak?

Ketahuilah Qiyamah itu benar,azab api neraka itu perit dan sengsara berjuta kali ganda daripada azab di dunia ni. Kalau Allah uji kita di dunia ni pun kita dah tak mampu dan rasa ingin menyerah kalah,apatah lagi di neraka jahanam sana...

Wallahua'lam...

Astaghfirullahalazim (3x)


p/s: juga mengingati diri sendiri agar lebih menjaga aqidah lepas ni.InsyaAllah sama-sama kita mencari keredhaan Allah.

5 comments:

ayin~weeweet said...

hukhukhuk takot tgk kan.betol2 dah di aakhir zaman.kenapa kite masih alpa lagi ek.hmm

a's said...

mungkin kita terleka dgn keindahan dunia kan? diri sendiri pun mcm tu :(

iela_fadila alias said...

mitak jauh dgn semua ni.. takut.:(

Nadya Heidi aka nadxoxo said...

xsanggup nk tgk gmbr2 ni :(

a's said...

iela: na'uzubillahiminzaliq

Puan nadxxoxo: memang sayu hati tengok baby-baby tu.mereka tak bersalah