20 September 2010

Kes Pembuangan Bayi,salah siapa? #2

today,something has shocked me up to the max!!

Salah seorang rakan sekelasku yakni aku kenal dia dari form 1 sehingga form 5 dan merupakan pelajar yang malas dan gila-gila macam aku tapi bila keluar results SPM,gempak habis results dia.Kira dia bijak orangnya,hanya malas untuk berusaha sebenarnya.Kami menjadi rakan sekelas sejak di tingakatan 4 dan memang 1 kepala. Tapi kami dah tak serapat dulu sejak masing-masing bawak haluan sendiri ke menara gading.

Aku dikejutkan dengan kiriman sms daripada rakan baikku semasa dalam kelas Ungs tadi.Sekarang aku rasa semakin takut! Takut untuk mendekati kaum Adam dan juga takut dengan godaan nafsu serakah syaitan nirrojim! Na'uzubillah!

Aku harap kau bersabar,banyakkan istighfar dan kembali ke jalan Allah.Sesungguhnya DIA Maha Pengampun.Mungkin Allah bagi kau ujian ni supaya kami rakan-rakan di sekeliling kau dapat jadikan hal ini sebagai iktibar dan pengajaran buat kami dalam menempuh hari yang mencabar di masa akan datang.

Klik sini dan sini untuk berita lanjut.

Pesanan untuk diri sendiri dan rakan-rakan: Jangan termakan pujuk rayu syaitan dan lelaki yang hanya mahu menodai maruah anda! Biarlah dia sekacak Tom Cruise pun,tolonglah jangan percaya! Sesungguhnya nikmat bernikah itu lebih manis daripada berzina sebelum mengikat apa-apa talian dengan lelaki bukan muhrim (credit to pesanan orang tua-tua).

Jika aku terlupa,tolong ingatkan aku kerana aku juga manusia biasa.



credit to iluvislam blog.

Adam...

Kadangkala kekacakan yang ada padamu,

Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,

Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,

Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa...

Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,

Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,

Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,

Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

Adam...

Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,

Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,

Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,

Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa...

Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,

Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,

Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,

Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

Adam...

Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,

Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,

Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,

Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa...

Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,

Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,

Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,

Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam...

Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,

Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,

Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,

Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.

Adam...

Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,

Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,

Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,

Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

Begitu juga Hawa...

Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,

Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,

Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,

Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

Hawa...

Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,

Namun...itu bukanlah yang Adam harapkan,

Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,

Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.

Dan

Untukmu Adam :

Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan.

Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa.

Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri.

Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.

Untukmu Hawa :

Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi.

Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami.

Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.

2 comments:

Wahida said...

akak doakan yg terbaik untk awak anna...moga awak di lindungi dr godaan syaitan yg laknat...ameen...:)

a's said...

thanks akak! insyaAllah..
:(