01 October 2010

Pengalaman Pertama; Kisah Seram

bagi sesiapa yang memang ada genetic takut dengan benda-benda halus,sila hentikan pembacaan anda di baris ini sahaja.

semalam ada Raya Gathering batch kitaorang di Kuliyyah of Science. Tepat pukul 8 malam kitaorang pun sampai di building tu dengan menaiki uni shutter bus. Semua orang happy belaka nak makan sampai perut buncit.

Cerita pasal gathering tu nanti aku post in another entry okay.Sekarang fokus kita ialah pada kisah seram.

Lepas dah bergelak ketawa,makan sampai perut buncit,berposing tak hingat,lalu para hadirin pun mula bersurai. Aku,Mira dan Sri memang tak follow yang lain balik sebab aku tengah kemaskan beg camera dan tripod segala. Lagipun brothers dan committees ramai lagi tengah berkemas. Kesian diaorang tak ada orang yang tolong. By the time aku dah siap kemas beg,diaorang pun macam dah siap kemas je. So,tak dapat aku nak buat amal!

Then,aku,Sri dan Mira pun mula melangkah pulang bersama-sama. Sementara nak balik tu,diaorang berdua tu sempat pose maut merata-rata lagi!

Kitaorang jalan depan lobby Kuliyyah,then dengar bunyi kucing.Aku kan pembenci kucing,terus aku buat bunyi anjing menyalak nak halau kucing tu.Bunyi kucing tu datang dari bawah kereta Proton Gen2 pakcik pak guard.Tapi aku tak nampak pun kucing (sebab aku tak pakai spectacle). Sri dengan Mira pun dok buat bunyi goda-goda kucing tu macam nak suruh beliau keluar tunjukkan muka.Langsung kucing tu tak keluar okay! Sri pulak tanya, "Malam ni malam jumaat kan? Okay jom blah sekarang".

Kitaorang pun meneruskan perjalanan.

Bila sampai di jalan raya,biasa lah hanya ada lampu antara divider dengan jalan tu saja.So, Sri bagi idea nak amik gambar light trail memandangkan aku asyik amik gambar bokeh dari mula datang gathering sampai nak balik tapi hanya 2 keping saja yang menjadi :(

Kitaorang siap duduk bersimpuh atas jalan lagi! Then brothers pun beransur pulang. Diaorang pekik-pekik suruh kitaorang balik sebab masa tu kitaorang saja yang masih di jalan raya. FYI,jalan raya dalam universiti ni memang macam tak ada manusia saja. Kereta tu jarang sekali nak jumpa. Siang mahupun malam sama saja!

Lepas tu kitaorang rasa macam, "Eh jom la pi depan sikit,if anything happen dah dekat dengan mahallah. Ni jauh sangat"

Semua bersetuju,then kawan-kawan Mira dari Kuliyyah of Pharmacy datang. Kitaorang jalan sama-sama berlima. Then makin ramai dekat belakang sebab semua committee pun nak balik. Kami jalan dalam kelompok,then aku dengan Sri jalan ke depan sikit.

Tiba-tiba bila sampai depan tasik/paya belakang Kuliyyah of Pharmacy tu,aku terbau bunga kenanga.Sumpah kuat sangat bau tu sampai aku tak tahan dan aku cakap dengan Sri;

"Wei bau apa ni wangi-wangi!!"

Terus aku tutup mulut sendiri! OMG! Apasal aku ni jujur sangat!! Then Sri macam bagi sign dia pun bau,terus aku Selawat macam budak-budak nak pergi sambut Maulidur Rasul tu kuat-kuat. I mean kuat macam ko tengah nak nyanyi! Lepas tu bau tu still ada,Sri ajak baca Ayat Qursi.

Kami berduet baca Ayat Qursi kuat-kuat! Then sampai depan bulatan depan Kuliyyah of Pharmacy tu bau tu dah hilang. Memang terbantut segala niat nak berphoto gedik. Kelompok Mira yang mulanya dok bising-bising sebelum ni pun terdiam apabila lalu tempat yang sama kitaorang bau bauan tu tadi.

Aku memang dah dipesan dengan Arwahyarham atuk aku dulu yang merupakan seorang Tok Imam yang boleh mambantu buang segala benda-benda halus ni agar berkeras jika ada rasa pelik-pelik. Jangan sekali panik atau takut atau pikir sangat. Nanti benda tu akan menguasai minda kita.

Aku pun terus la buat bodoh walaupun aku dah ter-tegur bau tadi tu. Sri ajak aku ke bilik dia untuk lepak dan berphoto gedik lagi mungkin bersama Sue dan Azra. Aku follow jugak la since ni camera pinjam. Esok(hari ni) nak pulangkan semula dah.So,guna jela sehabis yang mungkin.

Sampai bilik Sri,kitaorang cerita sikit-sikit pasal bau tadi tu dengan Sue dan kemudian dengan Azra.

Then kitaorang pun keluar pukul 12am nak pergi berphoto gedik. Dalam takut-takut Sue tu pun dia nak jugak bergambor malam-malam macam tu. Terbaik!!

Kitaorang pilih carpark saja sebagai lokasi penggambaran. Langsung tak menakutkan kan??

Punya lah lama nak buat light trail nama Sri,lama jugak sampai hujan pun dah turun renyai-renyai. Aku suruh Sue balik bilik dia amik payung,dia pun okay je.

Azra masih terdiam di sebelah kereta waja milik anak orang kaya Kelantan (sebab no plat kereta tu 2 Huruf & 2 angka ja weh!). Aku pelik jugak apasal budak ni diam je. Selalunya kalau hal-hal bergedik dia memang no 2 sebab Sri no 1! hahahaha

Okay,serius please! Next giliran Sue pulak amik gambar,nice! Sekali try je dah jadi. Then proceed to Azra pulak. Banyak kali try masih tak jadi. Hujan kian melebat. Nasib baik aku cover camera dengan payung besar dan kain. Jangan risau Sharaf,your camera is safe with me.

Dalam aku memayungi camera tu,aku terbau lagi bau bunga kenanga tu! Damn!! Aku ingat nak ignore saja. Aku pandang Sri,dia bagi sign macam tadi. Terus kitaorang bangun,lantas aku angkat tripod yang masih attach dengan camera tu dan terus pecut balik bilik Sri.

FYI,sepanjang penggambaran kitaorang di carpark tu,kitaorang dah play Surah Al-Bakarah from hp Sri.Itu pun masih bau weh! Sama macam tadi,dah baca Ayat Qursi dengan kuat dan lantang pun masih ada bau!!

Balik bilik,semua terdiam kecuali Sue.Dia ni memang lambat sikit nak pick up apa-apa yang kiatorang buat kalau tak explain dengan jelas. Dia dok tanya lagi kenapa kita tiba-tiba blah macam tu ja sampai tripod pun aku angkat sekali dengan camera ja.

Ayat-ayat Al-Baqarah dah habis play,play Ayat Yassin pulak. Aku tanya Azra sama ada dia nak balik bilik tak sebab Azra dan aku satu blok. Aku tingkat 2,dia tingkat 4.

Azra cakap dia memang tak sedap hati masa nak datang bilik Sri tadi lagi.Tapi disebabkan nak berphoto gedik dia datang jugak.

Allah ada bagi gift dengan Azra,dia ada six sense yang selalunya betul. Kalau dia tak sedap hati tu,ada lah 'benda' tu. Semalam theory Azra terbukti benar lagi sekali.

Dia cakap dia masih tak sedap hati walaupun dah ada dalam bilik.Dia ajak aku balik bilik kitaorang (masing-masing). So,aku pun follow lah sebab aku ni memang tak ada six sense langsung. Apa yang aku tau,aku mintak tolong Allah jauhkan aku daripada bertembung dengan 'benda' bukan-bukan tu.

Masa keluar dari muka pintu bilik Sri tu,bau bunga kenanga tu still ada sampai ke toilet! Then bila dah keluar dari blok diaorang barulah hilang bau tu.

Bila dah sampai bilik,masa tu pukul 1.30 pagi dah mungkin.Aku masih berani untuk pergi ke toilet dan amik wuduk untuk solat isyak! Gila weh solat isyak pukul 1.30! memang jarang aku buat kecuali di rumah sebab banyak godaan masa di rumah (TV & online).

Aku berjaga sampai lah pukul 9 pagi sebab aku nak siapkan edit gambor gathering tu sebelum bertolak ke Gombak petang ni. Berani pulak aku stay up sorang-sorang kan? Tapi masa mula-mula balik selepas solat tu aku ada bau minyak attar yang kuat. Aku ignore dan terus online sambil dengar lagu.

Alhamdulillah lepas 2-3 minit bau tu hilang.

Dan aku selamat memilih+edit+upload+caption+tagged budak-budak tu semua pagi tadi.

Note;
# Semalam ialah malam jumaat
# Tak sempat solat isyak,sebab tu jadi kawan baik syaitan sampai dia ikut ke bilik
# Iman perlu kuat bila hadapi 'benda-benda' macam ni.
# Allah sentiasa menolong anda jika anda meminta pertolongan dari-Nya
# Semalam merupakan pengalaman pertama seumur hidup aku walaupun masa umur 9 tahun dulu aku pernah histeria 3 hari dan pernah 'lihat' makhluk tersebut.

2 comments:

Useriez said...

'dia' nk photo gedik jugak la tuh~

pernah jugak kena kacau time shoot pukul 2 pagi.. siap dengar bunyi tapak kaki lagi.. bila suluh lampu takdak apa2..

a's said...

oh,itu lebih menakutkan!!
"dia" saja la tu nak kacau orang.menyampah!