15 October 2010

Remaja 2010

actually aku baru balik dari mall dekat Kuantan ni,ECM. Kiranya mall ni paling hebat antara malls yang ada di bandar Kuantan ni. Semua boutique dan kedai berjenama seperti Starbucks,Baskin Robbin,Crocs, NOSE, MNG, Levi's, Jefferson, Shushi King, Big Apple, Everlast and many more!

Kira UP sikit dari bandar-bandar sekeliling. Kebetulan,aku keluar harini (Jumaat). Kalau ikutkan,hari jumaat tak ramai orang since masih weekdays kan?

Tapi masa aku dan kawan-kawan tengah baik punya shopping barang makanan di Carrefour,aku pergi la section bahan basah and sayur-sayur which is beside the NON-HALAL section.

Tiba-tiba aku terpandang ada 5 anak muda Melayu lelaki dan kuat naluri aku mengatakan diaorang beragama Islam sebab diaorang punya girlfriends pakai baju kurung dan ada yang siap bertudung dan diaorang punya muka memang Melayu Jati habis & tengah baik dok pilih arak!

Aku istighfar dalam hati,hari ni hari Jumaat. Penghulu segala hari. Kenapa diaorang beli benda haram tu? ya,baru aku ingat; tonight is a Friday Night! Lets party-bagi mereka mungkin!

Ustazah aku dulu pernah cakap,setitik arak yang masuk ke dalam mulut/kerongkong umat Islam maka tak berbau syurga manusia tersebut!

Itu baru setitik,ni aku tengok diaorang beli 2 botol besar sorang kot? Masa di cashier,diaorang bayar selang 3-4 counters ja dari aku.

Masing-masing bawak beg plastik berisi Arak tu dengan rasa bangga dan gah! Kononnya diaorang paling style di bumi Kuantan ni. Dengan memakai skinny jeans dan jacket kulit ala-ala penyanyi rock,mungkin diaorang ingat diaorang paling "Civilize" di muka Bumi Tuhan ni.

MasyaAllah...

Bab pakaian tu aku tak kisah sebab diaorang tutup aurat (yeke?),tapi bab halal-haram makanan dan minuman ni yang aku kisah.

You are what you eat! Once dah jadi darah daging,seluruh keturunan kau akan dapat darah daging haram tu!!

Aku sebagai pemerhati rasa malu dengan orang-orang dari agama lain yang nampak perbuatan mereka tu.

Dunia dah nak kiamat.........

2 comments:

Danial Jaafar 🇲🇾 said...

hmm pernah tertanya jugak, adakah mampu diri ni nak tanya/cegah kalau nampak?
camno ni..

a's said...

diri sendiri hanya menegur dengan pandangan sinis terhadap mereka..mungkin diaorang tak rasa apa2.

tu lah,kena kuatkan aqidah dulu baru boleh tegur kot.samo la kito!