07 October 2010

Syndrome #2



DSLR

siapa yang tak tahu acronym di atas sila angkat tangan? DSLR stands for Digital Single Lens Reflex ye adik-adik.


Recently macam dah jadi satu fenomena pulak untuk memilik camera DSLR ni.

Bagi aku,aku memang dari kecil dah meminati bahagian grafik dan editing ni cuma tak diberi pendedahan secara formal saja.
Aku mula belajar editing Photoshop ketika berumur 13 tahun melalui internet.
Masa tu tiap-tiap hari pesan dengan ibunda untuk belikan CD installer Photoshop yang original dari kedai computer.

Nasib baik ibunda memahami minat aku,dapatlah aku CD installer tu dan semua kerja-kerja crack dilakukan oleh aku sendiri pad
a masa tu. Sejak daripada hari tu aku memang sangat passionate untuk belajar editing dan alhamdulillah sehingga sekarang aku masih belajar pasal editing ni.Bak kata pepatah; menuntut ilmu biarlah dari dalam buaian hingga ke liang lahad.

Walaupun aku dah belajar dari umur 13 tahun,setiap hari ada saja tricks terbaru yang boleh kita buat dengan photoshop.Kalau pasal super impose tu memang mudah sangat! Sebab tu banyak sangat gambar bukan-bukan dalam internet ni.



Berbalik kepada cerita DSLR,aku rasa terlampau ramai sangat orang nak jadi photographer sekarang ni.Kiranya kalau kau tak ada bajet nak hire Saiful Nang mahupun Kuku Besi untuk wedding kau,kau boleh je hire budak-budak amatur ni tapi mungkin kualiti gambar tak se-gempak otai-otai la kan.


Dah jadi trend untuk ada DSLR dalam beg budak-budak remaja sekarang ni.Aku selalu cakap dengan kawan-kawan aku,kita tengok 2 tahun lagi.Siapa nak pegang camera DSLR,siapa nak pegang camera LOMO,siapa nak pegang camera analog?


Jawapannya;orang yang betul-betul berbakat dan passionate saja yang mampu bertahan walaupun kena kritik dengan otai-otai sebab gambar compose tak betul,lighting over/under exposure,editing secara melampau,dan sebagainya.


Good Luck all! Semoga kita mampu bertahan.



p/s: untuk otai-otai,sila beri tunjuk ajar kepada saya yang budak baru belajar ni :)

2 comments:

Wahida said...

anna, akak sahut cabaran tu...kalu bukan pegang dslr sbb photographer pun, akak still nk bertahan dgn dslr sbb itu minat kita, itu passionate kita...

a's said...

yes! we can really get through this together.Do work hard in order to be at the same level with the others and never "hangat-hangat tahi ayam".

this is really a phenomenon