Lets start;
Dugaan 1# Kondisi library yang sejuk seperti berada di negara-negara luar yang tiada musim salji seperti Australia dan New Zealand.
Ini memang boleh bikin mood tidur mari! Tambahan pulak aku suka pergi library lepas lunch dalam pukul 12 tengah hari macam tu. Perghhh..kalau pekena tidur sejam dua memang syiok habis!!
Dugaan 2# Manusia yang tak faham erti sign board "KEEP QUIET" yang ditampal di dinding setiap 50 langkah!
Aku pun tak faham apa masalah manusia-manusia ni. Dah banyak kali aku perlu hadapi situasi ni. Aku check balik,betul ke aku dalam library ni? or aku tengah berada dalam market Selayang Baru?? Yang aku rasa sedih sangat tu, penyumbang kebisingan tu senior-senior yang rata-rata dari kos cerdik pandai bakal jadi doktor,pharmacist,scientist dan nutritionist! Awat depa nak malukan diri depa sendiri? OMG! nak sembang sila pi kafe pls!
Kalau nak pergi library semata-mata untuk study dan pergi seorang diri memang memerlukan keazaman dan tekad yang tinggi tapi memang selama ni aku pergi sendiri pun! Perlu berjalan kaki dan merentasi padang jarak padang terkukur yang kalau jalan masa tengah hari memang berpeluang untuk menjadi lebih 'cerah' dan 'menawan'!
Dugaan 4# Bila ada jiran-jiran yang tengah study di meja/cubicle berhampiran anda menyumbang 'pewangi' yang harum.
Ini aku memang tak boleh terima.Bukan bermaksud nak mengata,tetapi aku memang diajar dari kecil jangan buat orang tak suka dengan bau badan kita! Ibunda aku sangat pantang kalau ada bau-bau sikit. Perghhh,memang kena bebel sampai wangi balik lah! Hidung mengalahkan anjing pengesan yang polis guna untuk sisat kes bunuh Allahyarhamah Sosilawati! Mungkin sebab tu jugak aku tak boleh terima jika ada 'pewangi' tambahan macam ni.Bayangkan dari pukul 3.30 petang sampai pukul 5.30 petang aku terpaksa bertahan dengan 'pewangi' tu. Hazab dunia!
Dugaan 5# Computer Lab yang connection internet nya sama kelajuan dengan cahaya!Mungkin sedikit exaggerate di situ tapi sumpah laju! Aku macam nak nangis bila dapat online di Computer Lab tu. Tapi mula ada bisikan malaikat (kot?) suruh aku sambung study balik kalau tak nanti ko menangis lah sorang-sorang masa nak jawab exam. huhuhu,dengan kesedaran sivik tersebut aku terpaksa mengawal nafsu online itu! Tapi bila dah balik bilik tetap online macam biasa.boooo untuk diri sendiri!
Dugaan 6# Perut cepat lapar!
Bila dah duduk di tempat yang sejuk untuk jangka masa yang lama,mula lah aku rasa nak makan daging harimau lah,daging dinasour lah! Lapar sesajer!! Sekali lagi ibunda ku dah risau masa aku balik cuti raya aritu bila tengok nafsu makan harimau anaknya semakin menjadi-jadi kerana dulu aku hanya ala-ala cicakwoman tapi sekarang dah transform jadi dugongwoman! syabas!! 4 tahun dok sini selamat lah aku di-transform-kan menjadi blue whale!
Konklusinya: Aku tetap kena study di library pada waktu siang kalau tak aku akan tidur,makan,online secara tak sedar diri yang ada exam minggu depan dan tengok Ugly Betty the series yang berapa zaman aku simpan dalam laptop ni.*sigh!
p/s: its already November everyone and I'm turning 20 in 2 weeks time! :(
6 comments:
dugaan kata p ramlee....good luck anna..miss you...:)
ada surprise ke 2 weeks lagi??hmmm..
hahaha anna,im turning 20 in 2 days..n would u believe they made me take an exm on tat day!!urgh cabaran
akak: hahaha...cobaan! thanks akak! good luck to you too! jeles dah dpt wide lens!! jeles! jeles! jeles! huaaaaa...miss ya too..
seems like nothing much can do la sebab kedah n perlis dah start nk banjir :(
sharaf: oh! tak tahu pulak your birthday on November too!! we are scorpion lah! huhu,nasib baik on my birthday takde paper.but will celebrate it in bus insyaAllah otw back to hometown masa tu :(
Memang best study kat library.. Dulu2 la punya cerita..
good luck kuantanian
Fairus: kalau kena gayanya memang best pun! huhu
Jerry: mekasih dong bang long.good luck jugak melakaian!
Post a Comment