So,aku dan wana bergerak dari mahallah(hostel) terlebih dahulu sebab kitaorang jalan kaki. Azra dan Sue naik basikal.
Bila dah sampai tasik tu,diaorang yang berbasikal pun sampai jugak.Kunci basikal dekat palang "No bicycle or motorcycle are allowed to enter here" then stretch up sikit-sikit sebelum mula jogging.

Kitaorang jogging 2 pusigan tanpa berhenti,I mean berhenti duduk. Berhenti jogging tu ada la,tak mampu nak jog consistent sebab ni first time datang jogging dekat sini.
Dah habis 2 round,kitaorang pun stop dan duduk-duduk tepi tasik tu sambil menikmati angin petang. Nasib baik tak hujan. It was one fine evening.
Lepas dah puas jadi pemerhati tak berbayar,terus ke tempat untuk body exercise tu.Since hari tu hari minggu,ramai pulak budak-budak kecil yang take over tempat tu.Padahal itu tempat orang besar (adult),sibuk je budak-budak ni.huhu..
Then kitaorang pergi tempat bagi ikan makan,something like jetty kecil tu. On the way to get there,ada 2 orang lelaki yang boleh tahan segak (dipersetujui oleh aku,azra dan wana) dan tough ajak aku jogging dengan diaorang.Cara cakap macam kawan lama aku saja,tapi haram aku tak kenal pun siapa budak 2 orang tu lalu terkeluarlah ayat Kedah aku "Tak Mau !".Ha,ambikk....tapi aku cakap in proper manners lah. Nanti ada pulak yang kena tampor.LOL

Bergedik ambil gambar pulak kitaorang dekat jetty tu,then pergi jetty lagi satu version kayu-kayan punya. Tengok dalam tasik tu banyak giler ikan-ikan kecil. Ikan besar pun ada banyak tapi dia tak datang tepi tasik sangat.
After few minutes,kitaorang pun decide mahu pulang since hari dah semakin gelap. Sebelum balik azra ajak lumba lari sampai ke tempat "No bicycle or motorcycle are allowed to enter here".Aku tak join,aku just jogging je sebab aku memang bukan pelari pecut. So,azra dan wana je sprint. Sue jalan sorang-sorang dekat belakang sebab dia malas nak join kitaorang.
Lepas sampai tempat tu yang berbukit sikit,kitaorang kena susur satu palang yang paras dada sebab kan tempat tu tempat "No bicycle or motorcycle are allowed to enter here". Masa aku susur tu,aku dah rasa pening dan terus aku tak boleh nak bangun dan berdiri semula. But apa yang terjadi ialah aku terjatuh dan terduduk macam tengah duduk antara dua sujud tu.
Azra cakap nasib baik aku tahan dengan tangan,kalau tak mesti muka aku luka gila sebab jatuh tersembam.
Masa tu tak rasa sakit sangat kecuali lutut sebelah kanan. First sekali aku risau ialah kalau-kalau seluar aku terkoyak. Tak suka kalau seluar terkoyak!!! Jauh lagi perjalanan nak balik mahallah tu. Alhamdulillah tak terkoyak tapi aku dapat rasakan lutut aku yang 'terkoyak'.
Belek-belek tangan pulak,tapak tangan kanan luka kecil tapi teruk sebab kulit langsung hilang dan tinggal isi saja. Pedih tu hanya tuhan yang tahu!!
Lepas aku jatuh tu,ada sorang lelaki jalan tempat tu jugak and dia nampak kot cara aku jatuh. Diorang semua cakap malu la dengan lelaki tu tapi aku sikit pun tak rasa malu sebab aku bukan kenal lelaki tu pun.Dulu jatuh tangga depan boyfriend pun aku slumber je inikan pulak dengan orang tak kenal kan.
Terus balik mahallah dan tengok luka dekat lutut tu. Yes,luka dekat lutut tu lagi besar dan macam berlubang sikit lutut aku. Kayak orang accident pulak kan? Yelah sebab aku jatuh atas jalan tar lah.Tapi lutut yang luka bukan sebelah kanan,tapi sebelah kiri !! Natijahnya,aku jalan agak tempang dan slow sikit 2 hari ni. Nak mandi pun bukan main jerit-jerit lagi. Nak solat apatah lagi!! Sakit tu hanya tuhan yang tahu. Dugaan....
Images courtesy:Sue's Sony Ericsson YariMoral of the story: Kalau jatuh,bangun sendiri. Kalau jogging makan la something yang ada glucose sikit sebelum berjogging so that kepala tak pening dan tangan tak sejuk macam orang yang tak cukup oxygen lagi.
3 comments:
Mase aku punya lutut sakit pun mase solat sakit huhuhu. rase cam nk ngis.
get well soon!
jap3..ko uia ea?..kuantan ka gombak??
@Fad Othman: yes babe! sakit nak mampus!! Tapi aku belum nangis just jerit-jerit je sebab aku kan suka contrl macho.hohohoho
@abdu rasyid: yup,aku budak kuantan.kau?
Post a Comment