Hari ni hari terakhir di rumah bagi tahun 2010 insyaAllah tahun depan bulan Februari balik lagi.
So,syndrome homesick mula menyerang aku since hari rabu lepas. Hari-hari dok memekik dan merengek dengan ayahanda,ibunda,kakanda dan adinda bahawa aku sudah terpaksa pulang ke sangkar besi di Kuantan.
Sedih tak payah cakap! Siap request nak tukar university lagi.Bukan main kau kan A's. Bajet semua university nak berebut-berebut amik kau kan? Perasan...
Semalam bahang homesick semakin terasa,mula request benda yang extra ordinary.
Dengan ala-ala sengal,mintak nak tidur sama-sama dengan kakanda dan adinda atas satu katil semalam. Maka untuk menunaikan hajat adik yang sengal ini,kakak yang baik lagi mithali pun menurut saja permintaan budak tua tapi tak matang ini.
Kami bertiga tidur atas satu katil.It was great! Rasa macam zaman-zaman kecil dulu.Tapi dulu berdua aje sebab adik aku sampai darjah 6 asyik tidur dengan ayahanda. Anak manja.
Tidur nyenyak walaupun masing-masing kena jaga space takut ada yang jatuh katil.
Next,pagi ni pergi ke kampung untuk jumpa atuk a.k.a suami nanny aku dari kecil.Kitaorang memang anggap dia macam atuk sendiri dari kecil sebab dia jaga aku dan adindaku sejak baby sampai sekarang.
Boleh tak aku lepak dengan warga emas di kampung tu sampai almost sejam setengah!! Aku dan adindaku sahaja yang warga muda,yang lain semua usia lebih dari 50 tahun! Believe it,lepak dengan warga emas lagi best daripada lepak di malls sorang-sorang macam aku selalu buat dulu.ROFL
Rasa happy sangat dapat sembang-sembang dengan diaorang .Walaupun aku tak kenal diaorang and aku kenal atuk aku je,tapi diaorang sembang dengan kitaorang macam dah lama kenal kitaorang.Amazing kan??
Bila dah nak balik,semua benda jadi best pulak kan?
PLEASE,TAK NAK BALIK KUANTAN!!!
2 comments:
yahoo anna dh balik kuantan!
kejam ! takmau kawan
Post a Comment