16 December 2010

Jangan Bunuh Diri seperti Late Alviss Kong

Semalam aku,Sri,Azra dan Sue ke Giant Kuantan untuk membeli barang-barang hostel.Mulanya Sri nak beli rak pinggan,kemudian tak jadi pulak sebab mahal sangat. Tak berbaloi,bukan untuk rumah sendiri pun. So, tersasar lah kitaorang ke bahagian bantal-bantal dan barang makanan.

Sebelum kitaorang start beli brang,singgah makan di Food Court Giant tempat favorite kitaorang iaitu Western Food. Grilled Chicken,Lamb Chop,Black Pepper Steak dan Chicken Chop dia terbaik wok! Portion memang boleh buat butang seluar jeans tertanggal! Range harga dalam RM8-RM12 je,tapi lengkap! Ada Chicken/Beef/Lamb+ 1 Sausage + tonnes of fries + coslow + black pepper gravy + tomato and cucumber slices.

Lepas makan,jalan-jalan cari barang makan lagi tapi aku just beli jajan 1 pek dan cushion untuk letak atas kerusi tu. Sakit tulang belakang aku kerusi keras kekong bak kata ore kelate!

Then kitaorang ke ECM, Sue nak bayar bil broadband and kitaorang ingat nak tengok movie.But unfortunately kereta yang kitaorang sewa ada orang lain pulak dah booking at 5pm so terpaksalah batalkan niat suci murni tulus ikhlas tu... sobs!

Sementara tunggu Sue settle bab broadband dia tu,aku,Sri dan Azra round-round dalam kedai alatan komputer depan GSC tu. Aku dengan tak semena-mena nak beli headphone pulak sebab selama ni aku pinjam earphone ipod aku je untuk layan movie dalam laptop ni. So,aku pun nak cari lah headphone murah-murah sajo because tak nak spent too much on benda-benda macam ni. Tapi kalau shopping baju aku sanggup beli beratus-ratus dollar I tak kisah nokk! *tetiba gedik pulak.zzzzzzzzz

Sudah beberepa kedai diterjah,terlekat la di satu kedai ni.Sri dan Azra nak beli keyboard cover ke screen protector entah. Tak sure tapi aku terus usha-usha headphone aje. Datang lah sorang sales assistance ni dok sebelah aku. Aku sangat tak suka bila SA dok ikut bontot bila nak pilih barang. Rimas tahu!! Tak payah la nak follow,aku tak mencuri punya insyaAllah aku masih waras.

Then lepas termakan pujuk rayu dua orang diva tu,aku pun decide nak beli. Diaorang pulak tengah tunggu Sue sebab dompet diaorang ada dalam beg Sue.Blaa..blaa..blaa tunggu Sue datang.Si SA tadi dah siap tulis receipt dan bungkuskan headphone aku tu dalam plastic.

Lepas Sri dah decide nak beli keypad cover tu,aku pun cakap la

"Tak boleh kurang ke ni??Dah beli dua kasi kurang la" *memang tu tujuan kitaorang,nak bayar sekali untuk mintak kurang harga

"Yang ni bagi RM13, yang ni tak boleh la dah habis kurang dah (sambil tunjuk headphone aku)"kata SA tu.

Aku pun bayor sajalah..

Tetiba 3 cik adik manis tu boleh blah dan tinggalkan aku bersama 3 orang SA dalam kedai tu. Dah la dari tadi diaorang dok cakap Cina tak habis-habis. Aku tak paham! Aku belajar Bahasa Mandarin,bukan bahasa dialek. Itu pun belajar separuh jalan sajo.

Lepas aku kasi duit,Si SA yang berbaju hitam yang asyik ikut belakang bontot aku je tadi tu cakap

SA (baju hitam):"Sorry ya tadi I banyak cakap Cina"

Aku: "Its okay then" sambil senyum fake tapi aku rasa aku senyum sampai ke telinga !

SA (baju hitam): "Miss,dia suka awak. Dia nak mintak number phone awak boleh?" sambil tunjuk ke arah SA yang berbaju hijau sebelah dia yang dia dok bercakap bahasa Cina dari tadi.

Aku: "Haish,mengarut jela you nih" sambil senyum sebab takut aku sorang je perempuan dalam kedai tu.

Lepas dapat duit balance terus aku blah dengan pantas cari 3 dara pinggitan tu dan cerita dengan diaorang. Sumpah diaorang gelakkan aku! HA-HA!

Then masa nak balik,terpaksa lalu di depan kedai tu balik dan aku jalan di depan diaorang. Dengan tidak memakai kaca mata,aku jalan menonong jelah tak tengok kiri kanan.

Bila dah lepas kedai tu,diaorang gelakkan aku lagi ! Diaorang cakap SA baju hijau tu pandang aku from awal sampai aku keluar dari department/ kedai tu. HA-HA! PARAH!


Kesimpulannya: Aku tak nak ada pulak yang post dekat FB countdown nak terjun bangunan nanti.opssss! Na'uzubillah! Deep condolences to Alviss Kong's family and friends.

No comments: