17 December 2010

Ngangkung

Aku tengok movie Ngangkung ni minggu lepas. Overall cerita ni memang tak kering gusi! Dari awal cerita sampai ke penghujung memang boleh buat semua orang ketawa tak ingat dunia.

Aku buat sedikit sinopsis untuk tatapan semua ya?

Cerita ni mengisahkan tentang 3 orang sahabat yang suka bermain number ekor/TOTO dan untuk mendapat menang besar,mereka sanggup berjumpa dengan bomoh untuk mintak number. 3 watak utama dalam movie ni ialah, Azim/Im, Tasnim dan Wan yang didukung oleh Sam (Adnan Sempit), Azad (Anak Mami Mek Ani,Astro) dan Angah (Raja Lawak,Astro).

Disebabkan desakan hidup,Azim yang mula-mulanya berkeras tidak mahu mengikut Tasnim dan Wan untuk mengangkung dan bermain number ekor akhirnya dia kecundang.

Masa diaorang nak mintak number ekor dengan Pendeta (Lan Pet Pet) tu memang part yang kelakar. Then,masa Pendeta datang rumah Tasnim untuk bawak balik hantu pun bikin aku sakit perut!! Sumpah kelakar! Lawak yang bersahaja bagi aku.

Memang tak rugi kalau tonton cerita ni, i give 4.5 stars out of 5. Tahniah untuk penerbit dan pengarah cerita ni.

2 comments:

THE AUTHOR said...

Dah tengok gak..tapi last2 macam sedih ajer...
Tapi hantu memang suspen....

jaya jr said...

haha,masih tak berkesempatan nak ke panggung..macam bz je..padahal xde wat papepom..kui3