Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:
1) Kos Peralatan Kamera Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 10,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.
2) Kemahiran Jurugambar Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.
3) Masa Perkhidmatan Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.
4) Perkhidmatan Selepas Rakaman Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.
5) Kos material Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan. Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.
Sekian.
credit to Ash Anis's Fb note
p/s: Bukan mudah nak jadi photographer ni,jangan ingat semua yang ada camera DSLR tu seorang photographer ! Minat dan kerjaya professional adalah dua perkara yang bebeza dan sangat subjektif. Kalau ada kesungguhan dan ketekunan,insyaAllah akan beroleh kejayaan. Good luck all!
8 comments:
Yup!Kiz setuju tu..
Tapi ada beberapa golongan ni jugak yang macam bagi kiz tak patut letak harga mahal2 macam dia dah sgt pro n berpengalaman...
Cas mahal tapi sekali tengok gambar2 yang diambil biasa-biasa je..tak cantik sangat pun..
Jom sini,
Back To School oyeah!
Kiz
Yup,I agree with you.Basically benda ni macam give and take lah kan? but selalu dengar customer demand harga murah sampai nak bayar duit minyak kereta pun duit payment tu tak boleh cover. The price would be reasonable as the quality too.
Payment tip top= Gambar terbaik!
setuju 100%..!
give me five OP !! oh yeahh
anna the great...
akak: menyurakan hak seorang jurugambar.credit to sang penulis Ash Anis
wei..gua pakai anlog slr....filem...tapi maintanence ngan kos...mak aih...koyak poket gua beb!! hahah!!
bile nak snap pic gua nih...hhaaa
rasyid: analog mmg mahal la weh,filem je 1 rol berapa ratus.nak cuci lg,then cuci pun bukan boleh simply gi kedai gambar biasa kalau tak colour tak naik.tapi demi minat,ko kena tahan jela weh..lomo terbaik!
lu turun kuantan la,nanti gua photoshoot lu dkt Teluk Cempedak sana... *nak belagak ckp style lu gak :P
Post a Comment