02 January 2011

Yang Pergi Takkan Kembali

Hari ni genap 7 tahun tok (nenek) yang aku anggap seperti tok sendiri telah pergi meninggalkan kami semua. She is my nanny since I was few months after delivered by my mom.


Sejak dari kecil aku dijaga,diberi makan dan minum,dihantar ke sekolah,ditatang bagai minyak yang penuh oleh tok dan tokwan aku iaitu suaminya. Aku dan adik aku dah jadi macam cucu kandung mereka sendiri! Maklumlah,aku tak sempat nak jumpa atuk dan opah kandung aku sebelah ayahanda dan hanya sempat jumpa atuk dan nenek sebelah ibunda saja,itu pun masa kecik.



Banyak masa aku habiskan di rumah tok dan tokwan since ibunda sambung Master study masa aku masih di bangku sekolah rendah. Ayahanda dan ibunda masing-masing sibuk dengan kerja. Tapi aku dan adik aku tak kisah,kami lebih suka menghabiskan masa di rumah tok dan tokwan daripada rumah kami sendiri.


Alhamdulillah tokwan masih sihat sehingga sekarang walaupun umurnya sudah menjangkau 80an. Tapi hari khamis lepas tokwan terlibat dengan kemalangan motorsikal dan aku mula resah nak balik rumah. Aku takut apa-apa terjadi dan aku tak ada di kampung!


Tok pula dah 7 tahun pergi menyahut seruan illahi..


Aku masih ingat,masa tu ibunda pergi menunaikan haji manakala ayahanda terpaksa tinggal untuk menjaga kami adik beradik. Along pula masa tu masih di US. Malam sebelum tok menghembuskan nafas terakhir,dia ada duduk bersama aku di ruang tamu sambil menonton TV.


Tengah tengok TV,ada iklan syampoo rambut Sunsilk yang botolnya color coklat/gold tu dan tok cakap;
"Nanti Tok nak beli syampoo ni,syampoo yang sebelum ni tak bagus" (dalam dialek kedah)

Aku hanya tersenyum dan mengangguk kepala tanda setuju.

Selepas beberapa minit,tok tertidur di bahu aku. Aku biarkan saja. Mungkin tok letih sangat bisik hatiku. Habis menonton TV,aku kejutkan tok perlahan-lahan untuk masuk ke bilik. Tok cakap dia nak tidur dalam bilik solat saja. Aku pun cakap,masuk lah tidur dalam bilik dengan aku tapi tok tetap nak tidur bilik solat jugak.


Keesokan harinya,aku bangun lewat seperti biasa.Dalam pukul 9 pagi macam tu. Lepas bangun terus aku masuk bilik ayahanda dan ibunda sebab nak menonton AF2. Biasa lah masa tu aku masih bersekolah,Astro hanya ada dalam bilik tidur ibunda dan ayahanda saja.


Dah habis tengok Diari AF2 ulangan tu,terus aku ke dapur nak cari tok. Aku dengar bunyi air dari paip dalam bilik mandi. Aku agak tok tengah mandi. So aku pun mandi di bilik air yang lain.


Dah siap mandi,aku cari tok lagi. Adik aku cakap tok tak keluar bilik air dari tadi. Aku dah panik!


Aku ketuk pintu,tak ada respond. Banyak kali aku ketuk tak respond jugak!

Aku telefon ayahanda,cakap tok terkunci dalam bilik air. Ayahanda suruh aku mintak tolong dengan jiran tapi aku malu nak bercakap then aku cuba untuk pecahkan pintu bilik air tu tapi tak berjaya.


Selepas beberapa minit,tokwan dan sedara aku sampai di rumah aku.Sedara aku tu terus pecahkan pintu dengan sekali hentakan dengan badan dia.


Apa yang aku nampak masa tu,tok dah terbaring atas lantai sambil tangan masih menggenggam kain untuk dicuci. Aku nak menangis,tapi aku tak nak sedihkan tokwan. Tokwan angkat kepala tok dan letak atas riba sambil panggil nama tok tapi tok tetap tak sedar.


Ayahanda sampai di rumah dan terus bawak tok ke hospital.Sampai saja di hospital doctor cakap tok dah tak ada beberapa minit yang lalu mungkin masa dalam perjalanan ke hospital tok dah tak ada.


Allah saja yang tahu macam mana perasaan aku masa tu. Aku rasa bersalah sebab tak panggil jiran sebelah untuk tolong aku pecahkan pintu. Aku menangis hampir seminggu.


Kesian tokwan,masa tu dia tengah tunggu hari untuk pergi menunaikan haji juga.Tarikh tokwan berlepas ke Mekah dua minggu selepas tok meninggal. Besar sungguh ujian Allah bagi untuk tokwan.


Ketika tokwan di Mekah,dia ada terjumpa ibunda aku dan bila ibunda bertanya pasal kami semua di rumah,tokwan cakap "sihat-sihat saja". Tokwan tak nak ibunda tak dapat fokus untuk menunaikan haji sampailah ibunda dah sampai rumah baru ibunda tahu yang tok dah meninggal.


Ibunda sampai rumah almost 24 hours dan dia rasa pelik sebab tak nampak tok pun sepanjang berada di rumah. Bila ayahanda ceritakan semuanya, ibunda berkurung dalam bilik for few hours. I knew she is crying,so do I.



2/1/2004
I just cannot stop crying when I start to think about you






I really miss you Hajah Rohani Othman ;'(
Al-Fatihah.

2 comments:

DianaTahir said...

saba ye dear. semua yang hidup akan pergi menghadapNya jua satu hari nnt. seriously, i'm crying bc story ni. al-fatihah for ur tok.

a's said...

everytime i think of her,i will burst into tears.

thank u so much my dear!