sorry tak dapat update blog secara normal dan kencang sebab sibuk sangat-sangat dengan Mid Term exam dan hal-hal keduniaan yang maha hebat stressnya! Aku dah separuh gila dibuatnya!! Tiap-tiap hari mesti ada saja stress berkunjung di benak hati dan minda,sampai kadang-kadang rasa nak berhenti belajar dan duduk rumah jadi bibik!!
Berbalik kepada topik asal, 12 Februari 2011 merupakan hari paling suka ria, stress-free untuk aku! Setelah berhempas pulas arrange itu dan ini akhirnya settle jugak hal trip ke Temerloh untuk menghadirkan diri ke majlis perkahwinan adik cikgu (Lecturer B. Melayu) kitaorang.
Bukan mudah sebenarnya nak handle trip ni,dulu masa nak pergi Penang trip dengan kawan-kawan uni pun makan masa sebulan jugak nak handle booking hotel dan kereta sewa semuanya. Siap kira budget untuk di 'spent' lagi.
Kali ni tugas makin mencabar sebab kenderaan susah nak cari ditambah pula dengan kekurangan driver yang bertauliah. Tak sangka dalam kelas tu,ada berapa orang saja yang boleh memandu dan dapat 'lesen' memandu daripada parents. Whatever it is,semuanya selamat pergi dan pulang. Siap cikgu tapaukan lauk pauk kenduri almost 1 periuk besar untuk kitaorang semua.Memang berbaloi pergi jauh-jauh pun,makanan not bad jugak!
Perjalanan yang sepatutnya memakan masa 1 jam setengah tetapi jadi 2 jam sebab kami hanya 'menunggang' kancil yang CC nya tak cecah 1.0 pun -_-" Udah ler telan minyak macam minum air 100plus,memang menguji kesabaran!! Tapi apa boleh buat,nak komen banyak sila bawak kereta sendiri dari rumah lah kan. Dapat jalan tu pun dah bersyukur!!
5 buah kereta kitaorang konvoi dari Kuantan ke Temerloh. It was fun! Bebudak driver ni dok main-main pulak di highway tu..Nasib baik tunggang sang kancil,idok ler laju bebenor diaorang tekan minyak. Udah ler aku,'bapak'/'adik',sri,sarah and etty dapat kereta yang paling 'terbaik' diantara semua kereta. Fuuhhhhh....manual semua segi! Nak lock kereta,radio,seat belt nazak sampai tak boleh 'lock',dashboard asyik terbukak bila kereta termasuk lubang or naik bumper,break tak makan sangat dan macam-macam.
Disebabkan 'bapak' kitaorang sangat handal,alhamdulillah kitaorang selamat sampai ke destinasi.
Sesampai di rumah cikgu,tengok kenduri macam dah habis walhal masa tu baru pukul 2 petang. Pelik!! Kalau di Kedah,pukul 2 petang tu lah waktu kemuncak sesuatu kenduri. Masa tu orang penuh,lauk pun habis sampai tak sempat nak 'topup'..Maybe itu uniknya adat Melayu di Pahang ni kot? Kenduri dari pukul 11 pagi sehingga pukul 2 petang sahaja. lol
Disebabkan takado orang,kitaorang pun buat kenduri tu macam gathering kelas kitaorang. Makan,makan,mengantuk,mengantuk terus serbu masuk rumah parents cikgu dan ambil gambar sikit-sikit then gossip-gossip sikit sebelum teringat yang ada cerita "Dil To Pagal Hei" di TV3 kot dan aku terus jadi penonton paling depan dan dekat dengan TV sebab malas pakai spectacle -_-"
Lepas kena sindir tak reti-reti nak balik oleh bebudak lelaki yang dari tadi dok sibuk bungkus lauk dah macam kedai mamak aku tengok,kitaorang pun mula angkat bontot dan tutup TV lalu pergi salam-salam sama cikgu dan beransur pulang. Bebudak lelaki ni memang tak malu,semua benda diaorang tapau dan BANYAKKK sangat okay!!
Sebelum meneruskan journey yang panjang dan membosankan itu,kami semua stop by at the mosque near the wedding place. Panas terik sangat haritu ditambah pula dengan sang kancil yang air-condition ala-ala hidup segan mati tak mahu tu memang boleh bikin basah baju! "Bapak" takpelah siap bawak baju spare,kitaorang anak-anak ni dok hentam baju kurung dari pagi sampai malam okay!
Sesudah siap solat,journey diteruskan dan aku terpaksa memaksa diri untuk tidak take a nap in the car sebab 'bapak' cakap dia mengantuk juga so as a good co-pilot aku kena buat something bagi 'bapak' tak mengantuk!! Sri dengan etty dah lama dibuai mimpi. Sarah nak tidur tapi tak boleh kot then dia pun teman kitaorang yang ala-ala sleepyhead itu. Gossip-gossip sampai Gambang.
Exit tol Gambang,rest kejap padahal dah nak sampai pun tapi disebabkan ada 1 kereta stop tadi untuk isi minyak so kitaorang pun tunggu sehingga diaorang sampai.
Area Plaza tol Gambang tu ada tasik/bekas lombong yang kecik,tapi angin di kawasan tu memang best gilaks! View pun boleh tahan cantik! Siap ada burung helang lagi..
Disebabkan kain yang aku pakai tu sempit ala-ala model ratu kebaya kena reject,aku tak boleh nak langkah longkang besar untuk pergi lepak dekat tepi jalan dekat dengan tasik tu. Sadis!!!!
meet our 'bapak' (only can see his dimple)
Bila semua orang dah ready,terus sambung perjalanan ke Teluk Cempedak sebab nak habiskan minyak yang banyak lagi tu. Lagipun kitaorang sewa kereta tu semua untuk 1/2 hari,so kalau balik awal memang rugi. Masa tu baru pukul 6 petang so decide nak pergi TC untuk gedik-gedik.Sempat bergedik sekejap di TC before semua orang serbu MC Donalds berhampiran dan bergerak ke masjid ikut driver masing-masing..
Disebabkan driver a.k.a "bapak" kitaorang sangat sporting walaupun kaki beliau dah melecet dok tekan paddle minyak sama clutch namun semangat seorang bapak untuk menggembirakan anak-anak yang jitu telah mendorong bapak kitaorang untuk sambung pusing-pusing Kuantan lepas solat di Masjid Negeri.
Pusing-pusing Kuantan dengan tiada destinasi yang specific untuk dituju,akhirnya aku cadangkan jom pusing-pusing Tanjung Lumpur habiskan minyak!!
Sebagai bapak yang soleh,turut saja permintaan anak-anak. On the way to Tanjung Lumpur tu,anak-anak ternampak pula satu Fun Fair di sebelah kanan jalan. Apa lagi,terlompat-lompat gembira anak-anak dan mintak bapak U-turn balik untuk pergi ke Fun Fair.
Di Fun Fair tu,aku dok busy urus hal bayaran duit sewa semua melalui phone dengan my twin sampai tak sedar pun bapak dan adik-beradik yang lain dah tukarkan coin untuk main permainan dalam FunFair tu.
Game pertama yang bapak dan etty main ialah lontar gelang besi dan dapat teddy bear.Hadiah utama ialah seekor anak beruang yang bersaiz sederhana besar tu. Malang sekali kelima-lima cubaan balingan oleh bapak tak berjaya. Etty pulak berjaya dapat 1 ekor berung kecil sebesar tapak tangan untuk 2 kali percubaan. Tahniah!!
Lepas tu diaorang semua excited nak main "The Orbiter" yang aku tengok ala-ala machine campak orang saja. As usual,aku tak akan naik apa-apa yang boleh membahayakan diri sendiri. So,aku duduk di bawah saja sambil jadi penjaga handbag semua orang dan spectacle bapak.
Dengan beruniform kan baju kurung,diaorang semua naik benda alah tu..aduhai,aku tak tau la macam mana dia punya licin sebab dulu aku naik Flyer yang di Universal Studio Singapore yang ada belt tapi tak ada handle langsung tu dengan memakai jeans pun aku rasa nak tercampak dan terbang di angkasa,apatah lagi pakai baju kurung -_-"
Sementara tunggu diaorang naik benda alah tu,aku still dok uruskan hal duit $$$$$. Dasar mata duitan.hahahahaha..No! No! No! I am the one of person in charge for this trip,so banyak benda perlu fikir before and after the trip. Serabut kepala hotak!
Lepas dah dengar jeritan diaorang sambil aku berdoa yang etty dan sri tak tercampak dari seat tu,diaorang pun datang dekat aku. Sumpah muka masing-masing macam dah serik,bapak siap rukuk sentuh tanah lagi sebab pening! Hahaha
Overall,masing-masing puas hati lepas balik dari Fun Fair tu. Singgah hantar bapak kejap di IM2 dan balik mahallah at 9.30pm.
Ingatkan balik bilik terus tidur,jangan berangan! Semua orang siap online lagi sampai pukul 1am.
So far,this is my bestest memory here. Thank you friends beacuse made my day!!
p/s: will update few pictures later!
No comments:
Post a Comment