26 April 2011

Day 7

25.4.2011

Bangun seawal 8.50 pagi -__-' dan terus bersihkan diri dan ke pasar tani. Mula menjiwai watak seorang suri rumah berjaya sekarang. Belum pernah aku menjejakkan kaki ke pasar/kedai runcit berhampiran rumah/kedai topup depan rumah seorang diri semenjak adik aku tu lebih ringan tulang untuk mengunjungi kedai-kedai berhampiran daripada menolong ibunda di dapur.


Akan tetapi,harini aku berjaya ke pasar tani dan membeli belah seperti seorang suri rumah! Yeeehuuuuuu! Ada orang cakap aku dah lulus dapat lesen "P" untuk jadi dewasa,tapi kalau berjaya kerja dalam masa sebulan (at least) memang aku dah dapat lesen competent untuk jadi dewasa. :D


Apa yang aku borong di pasar tu?


Mula-mula,masa bangun tidur tu dah fikir,nak beli sayur kangkung sebab carrot,sawi,celery,dan sayur-sayur yang lain masih ada dalam fridge tu. So,teringin pulak nak makan kangkung goreng belacan. Nasib baik ada 1 pakcik ni jual kangkung. Out of 5,ada 1 je gerai jual kangkung. Memang RARE!


Then ternampak cendawan telinga kera (black fungus kot?) di atas meja gerai pakcik tu. Apa lagi,dengan tamak haloba tanya pakcik tu berapa ringgit dia jual. Harga untuk 100g=RM1,so dengan tamak beli 200g! Banyak gila kau! Nak saja aku buat ulam cendawan-cendawan tu -__-'


Settle beli sayur,pergi bahagian ikan-ikan dan seafood pulak. Aku tak nak beli ikan yang advance sangat sebab ayahanda kasi rm15 je. Nanti tak pasal-pasal aku kena jadi pekerja jual ikan pulak sebab tak cukup duit nak bayor.HA-HA.


Nampak longgokan ikan,dan tiba-tiba ikan kembung yang isinya putih-putih berkilauan itu menarik hatiku. Terus angkat sekilogram dan hanya berharga rm3!!! Giler murah. Ce beli di Kuantan,mau rm5++ sekilo. Aku suka hidup di Kedah! Semua barang murah-murah! Jimat perbelanjaan hidup.


Cuba bayangkan family yang besar-besar,beli ikan rm6 (2kg) boleh makan 2 hari kot. Sayur-mayur berapa sen sangat. Nak pulak kalau ada tanam sendiri macam cili dan limau nipis,dah save banyak tu nak buat sambal belacan -__-'


Lepas balik dari pasar,terus proses menyiang ikan. Banyak jugak 1 kg tu.Ada 20 ekor ikan. Fresh sangat! Sampai nak nangis aku tengok ikan tu sebab tak sabar nak makan.


sebelum dan selepas di proses :P


End up aku rebus 9 ekor ikan dan aku telan 5 ekor ikan dengan 2 kali cubaan saja! Gila kentang bukan? I love fresh fish!! Lepas tu goreng kangkung masak belacan. Settle. Perut kenyang suka hati.



Petang tu YM si 'abang ngah' dan arrange the meeting. Ajak abang Yusry Kru yang ada skandal dengan Lisa Surihani ataupun Masliayana tu sekali. Hehehe. Yusry datang dengan kawan perempuan beliau. Maka berlepak lah kami berempat di port strategik iaitu Tasik Darulaman yang permai.


Lepastu naik bukit "Broga" Jitra version pulak untuk tengok sunset. Penat bukan main! Nampak sangat stamina dah kurang. Dulu okay je aku naik. Tak la sepenat macam tadi.


Pukul 7.20 pm hantar 'abang ngah' balik rumah baru beliau yang cun itu dan terus pecut balik rumah sebab dah maghrib.


Aktiviti malam macam biasa,tonton TV,makan,online dan tidur!


Btw harini line Celcom macam sialanlo sampai aku nak sms 'abang ngah' cakap aku dah sampai depan rumah pun tak boleh send. Memang bikin amarah!!


And 'abang ngah' cakap aku makin kurus.Wuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!! Kembang bermangkuk-mangkuk kejap. :P


Done with Day 7

No comments: