22 May 2011

Lelaki,Laman Sosial & Dot..Dot..Dot....

Aku rasa terdetik di hati nak kongsi pengalaman aku mengenali lelaki yang lebih muda,sebaya dan lebih berumur daripada aku dengan korang semua. Bukan apa,aku rasa banyak pedoman yang boleh diambil daripada cerita aku yang ala-ala sengal nih -____-'


Lets start the story bit by bit :)


Ni pengalaman aku masa tingkatan 4. Biasalah,masa tu baru nak UP sikit kan. Hidup nak memberontak saja,nasib baik dapat straight A's masa PMR kalau tak mesti mommy monster bagi khawin je aku nih dulu. Entah-entah dah ada anak 3-4 orang dah sekarang. HA-HA!


Back to the story,aku memang aktif sangat di Friendster semenjak tingkatan 2 lagi. Memang dah master sebab sejak dari darjah 6 dah khatam chatting di laman miRC tuh. Semua benda aku kasi bantai tipu! Sekejap menyamar jadi perempuan,sekejap jadi lelaki. Hentam! Bila orang mintak email mahupun no telefon,aku bohong saja. Main teka number lepas tu email pulak aku hentam siap ada .com lagi!! i mean eg: pisangemas.com -____-' Terus ada domain,email apa ke benda..Nampak sangat menipu!


ni la contoh window MiRC dulu2.hehe



So,masa tingkatan 4 tu aku ada kenal seorang lelaki yang agak berusia daripada aku. Lets call him Mr. U. Beliau berumur 27 tahun masa aku tingkatan 4 tu. Dan memang masih bujang tapi tak tau teruna ke tak -____-'

Aku agak close dengan Mr. U sehingga kadang-kadang hari Ahad dia datang jemput aku balik dari sekolah sebab dia kerja di Unimap,Perlis so cuti weekends Sabtu-Ahad meanwhile Kedah cuti Jumaat-Sabtu.


Beliau ni kalau nak diikutkan usia,memang dah tua tapi perangai macam tak matang! Muka pun baby face tapi suara langsung tak macam baby lah! Kitaorang pun berkawan baik. Tapi aku memang suka prejudis sikit bila dengan lelaki. Aku selalu tanya beliau,bila nak khawin then dia cakap nak enjoy dulu until umur 30 tahun then baru fikir pasal khawin.

laman bersosial tebaik dulu-dulu


Aku dah boleh agak,orang macam ni memang tak akan stick to one person and give commitment. Aku memang suka test orang lelaki macam ni. Tapi aku memang sentiasa beware sebab bukan kenal betul-betul pun.


Sampai suatu hari tu,dia call ajak aku datang rumah dia jumpa mak dia. OMG!! Jangan ingat aku tak murah sangat nak pergi jumpa mak orang simply macam tu. Lagipun aku still budak sekolah la masa tu!!


I refused to go to his house and after that moment he never contact me again. Dan sejak dari hari tu,baru aku faham apa 'niat' dia nak bawak aku jumpa 'mak' dia tuh. Alhamdulillah Allah pelihara aku daripada semua benda buruk tu.Na'uzubillah.....Aku tak dapat bayangkan apa yang terjadi kalau aku setuju nak pergi jumpa 'mak' dia tu.


Sejak dari hari tu jugak aku dah tak berani nak kenal dengan orang yang lebih tua daripada aku sebab akal diaorang lagi panjang daripada yang aku jangkakan....

4 comments:

Nies Hanna said...

mendebarkan...hehe..kami kenal sorg mamat ni..then terputus hubungan sbb rumah dulu xada internet..but then satu hari tu teringt nk contact dia balik since masih ingat email dia..hoho, until now still keep in touch..tp x pernah jumpa..takuttt...

jaya jr said...

haha,hujung tajuk post cam same je arini..tapi klakonye sebab boleh pulak jumput-menjemput dari skolah ngn orang lebih TUA..kuang3

a's said...

#Nies Hanna
dinasihatkan agar jgn berjumpa.more harm than good.if nak jumpa jugak bawak 2-3 orang kawan atau akak/abang.

sekarang ni zaman orang-orang dah berperangai hantu!

a's said...

#jaya jr
actually ni auto published entry.tak tau pulak boleh sama.kebetulan je kot.

ha,mmg dia selalu jemput dari sekolah pun.dari tuition pun ada jgk.bila fikir-fikir balik,bodoh sgt la diri ini dulu -___-'