19 May 2011

Review Nur Kasih The Movie

Dengan tidak dirancang,aku dan teman baikku ke Cineplax berhampiran untuk menjadi antara terawal yang menonton Nur Kasih The Movie.


Kitaorang beli tiket tayangan terawal yang ada untuk hari pertama Nur Kasih The Movie ditayangkan untuk tontonan umum. Overall,movie ni sangat tidak mengecewakan peminat-peminat Nur Kasih the series dulu.


Gambaran semasa aku mula menjejakkan kaki ke dalam pangungg wayang ialah; WOW!! 98% penonton adalah dikalangan perempuan yang berumur diantara 18-25 tahun! Semuanya anak dara belia remaja yang aku rasa meminati cerita Nur Kasih te series kerana jalan ceritanya yang catchy dan hero yang tampan serta heroin yang cantik sebagai daya penarik tambahan untuk membuatkan si anak remaja semakin menggilai kisah Adam dan Nur Amina ini.




Nur Kasih The Movie merupakan sambungan daripada Nur Kasih the series. Kalau siapa yang jenis hati lilin,sila bawak tisu dua packs sebagai persediaan sebelum 'hujan'. Ada part yang sedih tangkap leleh dalam Nur Kasih The Movie ni.


Alhamdulillah aku tak menangis,mungkin sebab aku ni hati keras sejak dulu tapi ce aku tengok movie ni sorang-sorang plus aku samakan dengan kisah hidup aku pulak,memang ke laut! CONFIRM!!! Keras di luar,lembut di dalam ye.


Apa yang aku nak simpulkan ialah, "Jika Allah sudah takdirkan dia untukmu,tiada apa pun yang dapat menghalang kamu daripada bersama dia. Dan begitu juga sebaliknya. Jodoh Nur Amina dan Adam tidak berpanjangan di dunia namun di hati Nur Amina, Adam sentiasa 'ada' hingga ke akhir hayatnya".


Pergh,tangkap leleh jugak aku nak simpulkan simpulan tu.


Sebelum aku akhiri review yang tak seberapa ini,part yang aku paling sedih dalam cerita ni ialah masa Adam mintak maaf dengan maknya semasa dia tengah nazak. Aku mula teringat dosa-dosa aku sama ayahandan dan ibunda. Gua nak nangis bila ingat yang gua ni suka protest sama parents gua ;'[ Ampunkan angah!!


Selain itu,si adik comel Mia Sarah Nasuha pun ada berlakon dalam movie ni. Comel macam biasa dan rasa nak gigit! HA-HA


images credit to Google


Sedikit kritikan untuk team produksi dan pengarah movie ini:

Kenapa mak Adam dan si Ahmad/Mad tu cakap pasal mati di depan orang yang dah nazak? Adab melawat orang sakit menegah kita untuk provoke dan mengingatkan si pesakit yang dia pasti akan meninggal dunia sedangkan dia tengah nazak? Pehe dok??


Meaning that,jangan lah cakap "Kenapa Adam yang perlu mati dulu,Adam muda lagi" "Kenapa orang baik selalu pergi dulu,kenapa tak orang jahat macam aku yang pergi dulu?" padahal mamat tu tengah baik punya struggle untuk survive di hospital. Apakehalnye yob! He needs strength to survive,bukan ko dah siap-siap nangis bagai nak rak yang dia dah nak mati. Sebaliknya doakan kesejahteraan si pesakit tersebut,agar dipermudahkan semuanya. Bukan meratapi kesakitan beliau.Serius aku tak faham part tu. Mungkin ada yang boleh tolong explain ke aku lepas ni.


Overall,I rate this movie 4.5 stars out of 5.


Good job Malaysian producer,actors,actress and film maker!


p/s:aku bukan penonton wayang tegar,but for this movie aku sanggup masuk panggung so korang boleh agak macam mana dia punya 'gelombang Nur Kasih The Movie' tu merasuk tubuh dan mindaku.LOL.

2 comments:

kays said...

serious best keee ? nak tgk gak laaahh ^^

a's said...

#kays
serious best for me la.if u bukan yg jenis layan malay movie,mungkin akan rasa movie ni mcm "Erk,xpaham!".


sinematografi agak mantop dalam filem ni