30 June 2011

Aura Suri Rumahtangga

umum tahu (yeke?) aku memang jadi suri rumahtangga saja sepanjang cuti ni disebabkan mempunyai seorang ayahanda yang sangat protective sampai nak kerja jadi seorang "perempuan" pun dia tak kasi -________-"


untuk tidak menjadi anak derhaka,ikut jelah apa diaorang cakap. STAY at home,learn how to be a good housewife.erk? macam pelik saja ayat tu.


So,sepanjang 2 bulan menjadi suri rumahtangga,aku rasa macam dapat satu aura!! Memang it changes me completely! :P


For instances:

#Sekarang aku lebih suka greet kawan-kawan di Fb/Twitter/Ym/Skype dengan ayat ni "Hai,dah makan?" and "Harini masak apa?"!! Adakah soalan itu sangat makcik-makcik? I mean macam mak-mak kan?? Concern sangat orang tu masak apa harini sebab nak mintak resipi.lol


#Berani bergerak secara solo ke tempat-tempat yang jarang dikunjungi sebelum ini seperti pasar pagi,pasar malam,kedai runcit dan kedai makan. Its a great achievement anyway.


#Lebih suka melepak di rumah berbanding keluar dengan kawan-kawan walaupun dah dipujuk rayu serta sogokan untuk keluar tapi tetap aku nak stay di rumah. Weird enough huh?


#Rungsing setiap kali sebelum tidur sebab nak fikir "Esok mau masak apa ya? Dalam icebox ada apa lagi?"


#Selalu bangun pagi dapat ilham nak masak apa,terutama sekali hari isnin sebab ada pasar pagi.


#Lebih suka fikirkan resepi terbaru daripada fikir mana nak shopping minggu ni.hihihi


#Akan berasa puas hati setiap kali ke mall untuk membeli groceries. Beli makanan macam bekalan untuk setahun -________-'


#Lebih suka ambil gambar makanan daripada gambar orang


#Kalau sapu sampah satu rumah mesti malam hari akan tidur awal,pernah tidur pukul 10.20pm. Paling awal dalam sejarah! HA-HA


#Selalu jugak beli groceries sorang-sorang guna duit sendiri di mall to kill the time. Lepas tu nak mintak claim dengan ayahanda tapi selalu terlupa and end up miskin takde duit after that :p


#Risau setiap kali siap masak sesuatu makanan sebab takut "mem besar" tak suka/ tak sedap. She got an amazing taste bud :D




okay,itu saja yang terlintas di minda sekarang.


Pendek kata,hargailah ibu/nenek/mak saudara anda yang tidak bekerja ataupun orang putih panggil "full time housewives" sebab bukan mudah nak buat semua kerja dalam satu hari sich as sapu sampah,mop lantai,buang sarang lelabah,masak,ironing,sidai kain,lipat kain,pergi pasar,kemas katil bla..bla..bla... memang tak terbuat kadang-kadang dalam 1 hari.


Jangan ingat kerja di luar rumah lebih letih berbanding di dalam rumah.Ce try buat semua tu COMPLETE untuk 1 bulan. Apa korang rasa? Rasa menyesal! HAHA credit to Sepah.

2 comments:

Nies Hanna said...

yeah! i lebiu bebeh! give me 5..
best kan jadi suri rumah...
kan best kalau dekat hostel leh bawa perkakas masak memasak. rasanya kurang la keguguran rambut sebab makanan luar confirm2 bubuh pak aji

a's said...

#Nies Hanna
yess!love u too!! sepppp!!
pengalaman ni jadi suri rumah,nanti 4 tahun baru dapat apply balik.

kalau kena duduk luar memang kena masak la tiap2 mlm.siang xdan nak masak.huhuhu