24 July 2011

Syndrome #4

Fixie & Mountain Bike

Fixie


Mountain bike anatomically



Rata-rata aku pergi di kawasan tanah tumpah darahku (Perlis hingga Perak),mesti akan terjumpa budak-budak muda tengah bersiar-siar bersama basikal fixie. Bagi golongan dewasa pulak,mountain bike menjadi pilihan hati untuk ditunggang untuk beriadah di petang hari dan tak kurang juga pada malam hari.


Trend/syndrom kali ni buat aku optimistic sikit sebab selain daripada ikut peredaran masa dapat juga budak-budak muda dan orang-orang dewasa ni bersukan dan mengeluarkan peluh setelah seharian bekerja di pejabat yang hanya duduk menghadap laptop mahupun desktop sehingga pukul 5 petang untuk punch out. Begitu juga bagi budak-budak remaja yang hanya duduk atas kerusi kayu yang keras kematu selama kurang lebih 5 jam sehari di sekolah untuk menuntut ilmu.


Walaupun demam fixie dan mountain bike ni macam 'lame' sangat tapi bagi aku kira okay lah daripada budak-budak ni dok merempit kan. Ada faedah jugak.




Kalau tak salah aku,harga sebuah basikal fixie ni dalam RM400++ saja mengikut jenis dan jenama kot. Jisimnya juga ringan berbanding mountain bike tu. Tayar pun special sebab kecil saja.


Mountain bike pulak aku agak harganya lebih mahal berbanding fixie.Mungkin dalam RM700++ aku pun tak pasti. Kalau daki bukit memang masyuukkk naik basikal ni! Dah nama pun mountain bike kan -________-"




So,siapa-siapa yang teringin nak kuruskan diameter tight macam aku silalah pergi cycling. Ecehhh,diri sendiri pun cycling indoor je -___-" LOL.







images credit to Google

No comments: