19 August 2011

Pecutan 10 Malam Terakhir

Pejam celik-pejam celik kita hanya ada lebih kurang 10 hari lagi sebelum bertemu Syawal. Ada baca dalam 1 blog dia tulis macam ni "Sekejap saja dah nak habis bulan Ramadhan,begitu juga dengan usia kita dan Bumi ini. Sekejap saja nak hancur". Seriously,it gave me big impact and everyday the phrase will be in my mind when I am about to do something that is prohibited -__-" MasyaAllah


Entah ada,entah tidak peluang kita bertemu Ramadhan tahun hadapan..Allah saja yang pegang rahsia tu. Kalaulah tarikh kematian kita tahu macam kita tahu tarikh lahir,agaknya dunia ini akan lebih aman dan tenteram mungkin?


Lets stop talking,and start sharing some info about Lailatul Qadar from my reading materials.


"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".


Doa khusus di Malam Lailatulqadar

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut

1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.

Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"


اَللَّهُمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي


Maksudnya: "Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mulia, Engkau suka mengampuni, maka ampunilah aku (amalkan setiap hari)



Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:


1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.



Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:


- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.





p/s: Mari mengejar Lailatul Qadar

1 comment:

About Me said...

sat ja rasa noh :(