24 October 2011

Cara Hapuskan Malware di Blog

Since hari Jumaat lepas,adik aku ada call cakap tak boleh bukak blog aku. Tak semena-mena budak tu kena aummm sikit sebab aku cakap aku boleh je view apasal dia tak boleh pulak! So tutup cerita untuk haritu.


Hari Ahad pulak,member berjoyah aku di Gombak tweet cakap tak boleh view blog aku,again! Then aku cakap la aku bolehhh je view apasal kau tak boleh. (Still tak nak kalah jugak -__-"). Then after few trials,dia cakap dah boleh view. So tutup case lagi sekali.


Then pagi Isnin pulak kawan baik which has same name with kawan berjoyah yang dekat Gombak tu post dekat wall Facebook cakap blog aku kena malware. Punahhhh! 


Mulalah aku gelabah dekat Twitter tanya F macam mana nak settle masalah ni,nak tanya Srii dia baru nak tidur sebab busy siapkan design sampai ke pagi. Nak tak nak kena la experience sendiri macam mana nak settlekan masalah tu.


Mujur ada my life savior yang selalu membantu bila aku malas dan menyampah nak figure out masalah pasal software dan hardware for computer ni. Thanks a lot!


Big thanks goes to iela jugak sebab bagi link ni yang memang sangat membantu! Love you!!


And thanks to F jugak sebab bagi idea macam mana nak settle this problem.Love ya much!


So,untuk kesenangan sejagat aku dah copy link blog post yang iela kasi dekat entry ni. Setiap butir perkataan dan gambar di bawah adalah HAK MILIK/COPYRIGHT by Man Yusoef.Thanks a lot bro! (walaupun kau tak baca entry ni tapi tutorial anda mudah,ringkas dan senang untuk difahami.Thanks!)

 
 
 
*******************************************

So hari ini cikgu nak ajar camne buang malware di blog yea. Ini namanya belajar dari pengalaman yaw.



Malware ni menurut bacaan journal aku (perlu ke sampai nak baca journal) terhasil sebab download software mengandungi malware tersembunyi/ kewujudan coding asing dalam website dan juga atas beberapa faktor lain. So dalam kes blog, mostly disebabkan kewujudan coding asing yang telah di implant ke dalam website tanpa sedar. Cam gampang kan ayat aku

OK ada pelbagai cara, so cara ini adalah himpunan cara-cara yang aku google

1) Jika anda adalah pemangsa dan terkena serangan malware disebabkan blog orang lain, maka kemungkinan besar, anda meletakkan url blog pembawa malware tu dalam senarai bloglist anda. So tindakkan yang boleh diambil, hapuskan beliau dalam memori cinta luka anda. KAHKAHKAH . Ok tak lawak. Buang blog beliau  dalam senarai bloglist anda


Pastu CLEARKAN HISTORY, COOKIES dalam web browser anda. Web browser adalah Mozilla, Chrome, Safari <-- Jika anda gampang laptop guna Windows OS, tapi ngengada nak web browser Safari

2) Jika tidak berhasil kemungkinan besar, malware itu degil nak kena rotan, “hey awak degilnyewwww, nak kena babab nih!!” mungkin disebabkan kewujudan coding/link asing di website anda.

So nak menyelesaikannya memula,

Masuk website WEBMASTER TOOLS, dimana anda kehendaki sign in (guna email/psword blog), kemudian masukkan url blog

Kemudian di sidebar belah kiri klik DIAGNOSTIC > MALWARE. Dan akan disenaraikan beberapa site yang punca kejadian tidak bermoral ini.

Kat bahagian site tu, klik DETAIL. Kemain lagi detail explaination kan, yelah nak jadi lecturer katanya. Pffftt!! So nanti akan keluar coding punca permasalahan itu, dimana webmaster tools mencadangkan anda supaya remove coding tu. Hey camne nak remove ni, nyusahkan btol natang ni!! Ok COPY dulu coding ini >.<

Cara nak remove. Di dashboard BLOGGER anda, klik DESIGN > EDIT HTLM > tick EXPAND WIDGET TEMPLATE

Klik Ctrl + F di keyboard dan PASTE kan coding asing di webmaster tools itu. Dah jumpa, DELETE dan SAVE. Yang ni for sure korang expert sebab benda basic macam tampal iklan Nuffnang


# PERINGATAN, jika tidak jumpa coding itu. Sila cari di bahagian WIDGET BLOG/KOMEN SPAM anda di SIDEBAR. Dalam kes aku, coding ni sembunyi kat bahagian widget. So cari lah satu-satu widget tu mane dia duk sembunyi.

Dah remove coding tu, sila buat REQUEST PREVIEW di webmaster tools itu tadi


3) Selain itu, anda juga bolehlah download penghapus malware  contohnya Malwarebyte's Anti Malware.Dah download tu, tak reti-reti nak install? Jadahnya install pon aku nak kena ajar #emosi


4) Selain itu juga, pastikan antivirus anda sentiasa update, dan scan lah komputer anda dalam kadar yang kerap. Lagi bagus jika antivirus anda menyokong aplikasi scan internet.


5) Malware ini juga di katakan berpunca kerana website anda telah di hacked, so adalah di sarankan supaya anda MENUKAR PASSWORD supaya tidak bisa di akses oleh orang lain. Password blog tau, bukan password kad ATM. -__-

Bagi yang terkena malware disebabkan blog aku tu, saya memohon ribuan ampun dan maaf. Bukan ku pinta, jadi sebegini. Kita still kawan kan kan?? XOXO

Sekian pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh Osman Hensem <--- sila lempang

*******************************************

Aku tau mane yang aku tau. Yang advanced tu, sila tanya yang lagi arif



1 comment:

iela_fadila alias said...

no biggie lah !
ak ingatkan ang da taw,tp sja nak bgtaw lagi sbb bnyk kali dah ak bka still xok..
yey ! da xdak gannnguan ntuk xtvt mmbaca ak,hihik

love u ! ;)