17 October 2011

Quick Updates #16

Lega,baru sahaja selamat membeli tiket untuk pulang berhari raya Eidul Adha di kampung halaman.Tapi lega 50% sajo,lagi 50% belum settle sebab tiket yang dibeli hanya untuk perjalanan dari KUL-AOR,Kuantan-KUL belum beli lagi!! Dengar cerita budak-budak ni cakap tiket bas untuk balik selain ke Kuala Lumpur semuanya dah nak sold out.DEAD MEAT!! (Tapi aku nak beli tiket Kuantan-KUL )


Aku memang gamble je nih sebab tak berani beli tiket lagi disebabkan ada 1 subject yang populasi kelasnya berkapasiti besar dan berlainan bangsa dan usia maka bermacam kerenah dan telatah dapat dilihat. Maka tarikh untuk exam Mid Semester belum dapat ditentukan lagi untuk subjek tersebut kerana kapasiti besar,perlu consider setiap orang punya masalah. Kesian sang ketua,pening memikirkannya. Aku yang menjadi pemerhati ni pun dah pening sebab tak dapat nak bagi kata putus kalau semua orang pun tak nak bermusyawarah.


I have to wait until this Tuesday and see how it goes.


Berbalik kepada kisah tiket pulang ke kampung tu tadi,sebagai pelajar yang sepenuhnya ditaja oleh Perbadanan AMA yakni singkatan kepada Abah & Mak makanya aku terasa sangat jahat translate daripada (I feel bad!) kerana terpaksa menyusahkan ibu bapa untuk membeli tiket tersebut yang berharga RM165 per way hanya untuk 45 minit perjalanan walaupun menaiki penerbangan termurah di Malaysia! Ternyata harga tiket tersebut dah sama dengan tiket penerbangan rasmi Malaysia bagi kelas ekonomi tapi aku malas nak ke KLIA sebab airport dia besar dan aku malas nak berjalan jauh gila untuk masuk ke gate domestik sorang-sorang walaupun masa di CFS dulu dah pernah mengalami pengalaman pertama yang hebat tersebut.


Saya suka menghabiskan duit lepas tu what I give to them in return??
NOTHING!!! ;'( Even they never asked me to return their money back (my money is totally come from my parents) so there is no point nak mintak aku bayar balik ke apa dan ini membuatkan aku rasa guilty sangat sekarang! Oh tak paham kenapa aku emo lebih-lebih pasal benda kecik je ;'(


Maafkan saya ayahanda dan ibunda,I feel bad!*nada Detective Conan versi Melayu*







Sebab itu lah sejak minggu lepas aku dah berazam tak nak keluar outing jika tidak perlu. Tahan nafsu buat seketika kerana ada perkara yang lebih penting untuk diselesaikan dalam masa terdekat ni. Berdoalah agar nafsu untuk outing itu dapat dipendam sehingga cuti Mid Sem tiba.AMIN!

No comments: