28 January 2012

Kerinduan Zaman Remaja

Okay,title bajet macam aku dah umur 40 tahun kan? Padahal baru 2 bulan cukup umur 21 tahun dan baru 5 hari daftar mengundi #eh?


Sementara tunggu masuk waktu Isyak semalam,lepas baca Al-Quran sikit terus golek-golek atas katil sambil buntu tak tau nak buat apa. Udah ler jadi anak 'tunggal', nak bersembang hal remaja pun takda geng. Harapkan geng teddy bear jela yang ada dan sentiasa menemaniku setiap hari. Boleh bikin gila juga kalau betul-betul aku ditakdirkan jadi anak tunggal. Syukur aku ada kakak dan adik yang sengal. Maka hidup berseri-seri ditambah pula dengan kehadiran ayahanda serta bonda yang hari-hari ada saja benda nak argue. Kadang-kadang pasal lampu isyarat pun nak kecoh,HAHAHA. Kelakor, tapi takpe kalau diaorang tak gaduh-gaduh manja gitu aku akan rasa janggal dan hidup tak lengkap!


Berbalik kepada perkara di atas (amboi skema!), aku pun capai handphone kesayangan awal dan akhir encik SE K800i lalu bermain game Tennis. Kalau sesiapa pernah pakai handphone SE generasi Walkman dan sewaktu dengannya mesti tau game ni. Disebabkan game tu terlampau bosan,lalu aku pun godek-godek folder "Picture" dalam handphone tu. Ternyata penuh dengan gambar 'kisah lalu' dan tak perlu diulas panjang dekat sini.


Bila bukak folder "U**", mulalah aku jumpa banyak gambar bersama teman-teman seperjuangan di CFS dulu. Especially geng 3 serangkai dan juga BDSA yang dulunya akrab macam adik beradik dah. Tapi bila dah masuk Kuantan, masing-masing ada commitment sendiri dan semakin jauh dah :'(


Seriously I miss the old time in CFS where the love is always in the air #eh ada ke ayat macam ni? HAHAHA belasahhhh....


Sobs, merindui detik bersama teman-teman di CFS yang penuh gelak ketawa.



zaman melepak Midvalley pakai baju kurung



masa short sem, lepak bilik S&S sebab nak siapkan assignment database yang super menyusahkan hidup! Btw,cantik kan selipar jamban kitaorang? hihihihii



rutin wajib bila ada assingment UNGS/FIM : lepak library untuk Google sources tapi sorang jela yang bawak laptop yang lain tumpang tengok sebab malas nak angkut laptop pi library :P



rakan seperjuangan ke pasar malam/Jaya One(Oldtown,Wendys,Secret Recipe)/KFC ku. Sanggup jalan kaki jauh-jauh sampai MAHSA nun demi secebis KFC walau terpaksa berhujan panas:')



First semester first year. RINDU SEMUA!!!



masa birthday Azra yang ke 19 :) credit to Ketua prank sebelah kanan sekali.



makan besar (lah sangat) sempena my birthday and Syi syi birthday at Station One sebab birthday kitaorang sama :)



Lab Bio ialah taman permainan dan studio penggambaran kitaorang bersama prop-prop replika tulang manusia dan juga arnab -___-"



calon isteri pilihan.LOL



Walaupun bukan budak medic tapi kami PERLU membaca semua buku ini demi segulung ijazah. ewahh



latest photo of us in 2011 at Teluk Cempedak without Syi syi ;'(






I miss US




p/s: most of the pictures ada tangan "peace".Naik menyampah dengan diri sendiri. Maaf, dulu evolusi "peace" merebak sejak aku masuk matrik penang dan diteruskan legacy itu di CFS -___-"

5 comments:

Othman. F. said...

hahaha! rindu zaman merepek ni!! walaupun satu sem je ngn korang.huhuuu.those experiences were priceless!

a's said...

#Othman F.
zaman lepak dekat kerusi batu depan CC lepastu gossip sampai tak ingat nak balik bilik!! rindu zaman cfs :( mana nak dapat memori cmni lagi dah

Othman. F. said...

wey kusi batu tu! arghh memories :( bestnye time tu. pastu time balik terawih bleh plak duk lepak2 jap bwh tu buat bising ramai2. huaaa. aku rase xde dah bleh kutip experience macam dulu..

Oppa Kudin Nz said...

oh,kuantan ke skrg. Batch 102 jugak ker.. Lamanya tak lalu cfs,bnyk memori disitu =D

a's said...

#Oppa Kudin Nz
nope,we all 101 :)
cfs is the best place that give us best memories ever