11 April 2012

Ragam Manusia

Ragam #1

Jumaat lepas aku dengan cik twin pergi Maybank Main dekat Kuantan nih. Kebetulan macam baru launch kot bangunan tu dalam 2 minggu macam tu. Lantai masih berkilat bau kilang. Kami menjejakkan kaki ke bank tu tak awal mana sebab cik twin boleh pulak tertidoq sebab janji nak gerak pukul 9am.


Masa kami sampai tu cik twin ambil number giliran, 5054 dan number giliran yang tengah dilayan sekarang ialah 5023. Ya,terbaik dari ladang bukan? Oh lupa nak cakap cik twin nak bukak account Maybank. Meanwhile aku nak register phone number for TAC number request tu.


Lepas dah ambil number cik twin,aku ke section ATM untuk cuba sekali request TAC permission tu guna ATM saja tapi malang, tetap tidak boleh seperti 2 kali percubaan ku sebelum ini di ATM yang berlainan. Maka aku pun masuk dalam ambil number giliran jugak. 5056. Bagus,beza seorang saja dengan cik twin maka tak payah nak tunggu lama sangat fikirku.


Tapi masa di ATM tadi,ada kejadian yang aku rasa biadap daripada warga-warga asing yang batak tak bertamadun! Maaf jika terkasar bahasa but this is the fact!! Aku tengah beratur, bukan main panjang walaupun ATM ada lebih daripada 4 tapi line tu boleh menguji kesabaran jugak dan orang-orang yang dalam line tu 90% daripadanya ialah warga asing!! Bila tinggal seorang ja lagi depan aku,boleh tak lagi 3 orang datang and cucuk kad masing-masing? Kau rasa berasap tak? Apa main beratur sorang tapi cucuk kad sampai 3-4 orang??


Same goes to ATM sebelah,aku rasa dia tu agent warga asing ni. Dia genggam ada 10 keping kad ATM kot? Aku bersimpati kepada orang yang beratur belakang mamat tuh!!


Maybank tu dibanjiri dengan warga asing yakni pekerja buruh kasar yang baru sampai Malaysia dan nak mula bekerja sebab tu baru nak bukak account. 


Ragam #2

Pakcik front desk. Sumpah annoyed! Cik twin sampai bebel-bebel cakap pakcik tu tak dak adab. Yelah kitaorang datang cakap nak bukak account then dia cakap tekan E dekat screen tu then kitaorang macam baca la dulu options lain alang-alang tu kan. Then masa tengah baca tu dia ada cakap something tapi disebabkan tak fokus so kitaorang mintak dia ulang.


Then dia cakap dengan nada marah dan menyampah dengan kitaorang;
" Tekan la huruf E tu,lepastu tunggu dekat sini!!" sambil buat muka.


Aku diam jelah lepas tu. Bagi peluang cik twin lepaskan rasa tak puas hati dengan pakcik tu. Kebetulan time tu aku sakit tekak sangat,badan panas macam kena roasted walaupun duduk dalam aircond sebab demam. So,aku lebih banyak diam sebab sakit :'( Demi menyelesaikan masalah bank ni, sanggup ku redahi jua.


Dan bermulalah penantian yang panjang selama 3jam. Selepas 3 jam baru number cik twin dipanggil. Itu pun aku tak berada dalam Maybank tu sebab tak tahan rasa panas gila pi toilet dekat padang MPK tu lap badan semua.


Oh,masa tengah tunggu awal-awal tu ada aunty cina ni datang approach tanya apa masalah kitaorang sebab aku nak jugak tanya perlu ke aku request TAC ni dekat kaunter. Aunty tu polite sangat,siap tengok number giliran aku dan suruh kitaorang pergi makan dulu dekat belakang-belakang tu sebab haritu ramai sangat warga asing and memang akan mengambil masa yang lama.Aku rasa malu,sebab pakcik front desk tu Melayu, aunty ni Cina tapi aunty ni yang lebih MESRA PELANGGAN walaupun dia kerja as an officer yang lebih tinggi jawatannya daripada pakcik front desk tu.


Begitu juga dengan kakak yang uruskan hal kitaorang tu. Baik dan cakap pun lembut. Aku pun dengan tak malu mintak buatkan TAC number aku tu sekali masa giliran cik twin sebab malas nak tunggu dah.Jam ketika itu menunjukkan pukul 1.30pm -____-"


Then balik lah kitaorang ke kereta dan di dapati ada kereta block dekat belakang.Tuan kereta pi solat Jumaat. Tapi since kereta kitaorang naik tu kancil sahaja,so macam ada 1/2 ruang boleh selit-selit untuk keluar tapi kena reverse banyak kali. Udah ler kereta tu stereng macam alat senaman! Keras sangat!! Jenuh nak reverse dengan keadaan yang sempit gila.


Allah nak tolong aku,ada kakak tu kebetulan tengah tunggu suami dia dekat bawah pokok tolong aku tengokkan space dan jalan. Macam cikgu memandu pun ada gaya dia tolong aku tu. HAHAHA, thank you kak! You memang power!! :)


Macam-macam ragam manusia.....











p/s: Udah ler sewa kereta sampai 4jam hanya ke bank dan kereta tu dok parking ja tak bergerak pun,tengok-tengok kena saman pulak sebab kereta tak letak kupon parking  =__=


Pemberitahuan: Ya,memang sejak 3 minggu yang lalu Maybank dah tak benarkan TAC request dibuat di ATM sebab berlaku banyak penipuan. So,sila ke kaunter.

No comments: