15 June 2012

Nikmat Dunia

Aku dah lama terpanggil untuk meluahkan pendapat tentang isu "Nikmat" ni tapi aku tengah kaji diri sendiri,adakah aku layak nak bahaskan isu ni sedangkan diri sendiri pun tak cukup sempurna? But then,aku rasa aku patut tulis sebab aku ada satu hobi iaitu baca post-post lama dalam blog sendiri. Macam baca diari gitu, then I can write about this here since it can be helpful for me in the future.


image credit to Tumblr


Kadang-kadang aku tersenyum sendiri, bila melihat orang di sekeliling aku dapat nikmat duni yang melimpah ruah. Aku bersyukur sebab Allah dah makbulkan doa diaorang, aku pun tumpang senang. Cukup bagi aku,apa yang aku dapat sekarang bukan dari sumber yang dilarang. 


Nikmat Allah ni boleh jadi dua benda sama ada ujian mahupun ganjaran dalam satu masa.

Contoh: Aku berjaya lulus dengan cemerlang dalam setiap final exam dan menjadi Dean List's Student. Sepatutnya,nikmat yang aku dapat ni adalah ganjaran daripada Allah atas usaha keras aku,doa daripada aku serta kedua ibu bapa, niat ikhlas untuk menuntut ilmu kerana Allah dan sebagainya. Tapi nikmat ini juga boleh dijadikan ujian untuk aku. Allah mengujiku bila aku sudah dapat apa yang aku impikan selama ini,adakah aku masih consistent beribadat dan berdoa kepada-Nya? Adakah aku riak dan takbur di atas kejayaan tersebut? Adakah aku mengherdik dan menghina orang-orang yang tidak berjaya sepertiku?


ربي إنزع من قلبي حب كل شيء لا تحب
”My Lord, remove from my heart the love of everything that You do not love.”


Jadi kita seharusnya sentiasa ingat akan kebesaran Allah. Jika Allah masih tidak menunaikan hajat kita,jangan pernah untuk berputus asa kerana Allah rindu kepada amalan-amalan kita kepada-Nya. Sebab tu Allah tak nak kita berjaya dulu dan lupa pada-Nya kelak...


Bagi yang sudah dilimpahi dengan nikmat-Nya,ingatlah itu ujian dari Allah...Urus nikmat tersebut selayaknya dan jangan lupa untuk bersedekah walaupun hanya dengan secubit gula kerana nikmat Allah harus dikongsi bersama.



Jom berebut Syurga.. bukan berebut harta dan pangkat. Kejar harta benda dan pangkat merana dunia akhirat- Prof Dr. Muhaya.







Untukmu wahai si penulis, bersabarlah.....Allah sedang mengujimu.




 Salam Sayyidul Ayyam...

No comments: