22 July 2012

Kuih Habuk-Habuk

Kuih habuk-habuk ni terkenal bagi orang Utagha only,orang Selatan dan Pantai Timur Malaysia mungkin lebih mengenali kuih ni sebagai kuih tepung gomak. Kita sedang bercakap tentang kuih yang sama sebenarnya :)


Semalam, ibunda suruh buat kuih habuk-habuk ni untuk berbuka. Memang ibunda tak kasi 'hint' pun macam mana nak buat kuih ni.


Alhamdulillah harini berjaya jugak buat kuih habuk-habuk ni. Thanks a lot to "Google" kerana telah berjaya membantu diri ini untuk membuat kuih habuk-habuk dengan jayanya untuk percubaan pertama daripada seorang newbie :")






Resepi Kuih Habuk-Habuk / Tepung Gomak.

Bahan-bahan untuk inti:
Kelapa parut
Gula Melaka
Garam 
Gula putih
1 helai daun pandan

Bahan-bahan untuk kulit:
Tepung pulut
Garam
Air
Tepung kacang hijau

##amount bahan-bahan mengikut citarasa sendiri


Cara-cara:

Inti
1. Masak gula merah dan gula putih hingga gula larut. Masukkan daun pandan dan dimasak sehingga gula menjadi pekat.
2. Masukkan kelapa parut dan dikacau hingga sebati. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.

Kulit dan Inti
1. Gaulkan tepung pulut bersama sedikit garam dan air sehingga menjadi doh/kental (tidak melekat di tangan)
2. Ambil sedikit adunan dan leperkan di tapak tangan. Masukkan inti di tengah dan bulatkan adunan.
3. Didihkan air di dalam periuk dan masukkan adunan yang siap berinti ke dalam periuk.
4. Tunggu sehingga adunan timbul di permukaan periuk dan toskan
5. Golekkan adunan yang dimasak dalam tepung kacang hijau dan siap untuk dihidangkan.





Selamat mencuba! Mudah dan sedap :)








2 comments:

Useriez said...

bulih masuk masterchef dah ni..

a's said...

#Useriez
2 taun lagi boleh la masukkk.hahaha