17 April 2010

Allahuakbar

Innalilah hi wa inna ilaihirajiun...
Salah seorang artis muda Malaysia meninggal dunia malam tadi akibat daripada kemalangan jalan raya. Beliau yang dimaksudkan ialah Achik Spin yang dulunya terkenal degan lagu Bola-Bola Api tu. Kebetulan aku baru sampai di rumah setelah shopping sakan dengan family tadi dan apabila aku baca post some of my friends; diaorang cakap Acik Spin meninggal dunia.

Sumpah aku terkejut dan terus aku terdiam. Dalam hati aku berkata; "Sekarang ni orang yang sihat pun boleh meninggal dalam sekelip mata dan aku belum bersedia untuk menjadi penghuni alam barzakh kerana ceteknya amal ibadat aku laksanakan di dunia yang penuh godaan ini." Sekuat mana pun aku menolak,ajal maut tetap akan berlaku. Cepat atau lambat,itu terpulang kepada Nya.Mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwahyarham. Semoga beliau ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman.

Dunia dah semakin menghampiri "hari pembinasaan". Aku perasan banyak tanda-tanda kiamat tu dah semakin obvious tapi aku bukan ahli alim ulama yang boleh membuat kenyataan tentang semua ni.
Aku just nak ingatkan diri aku yang kadang-kadang lupa dan juga sering kali termakan pujuk rayu syaitan durjana!

Kalau boleh aku nak ingatkan sikit kepada muslimah khususnya kerana aku tak nak kita meramaikan jumlah ahli Neraka Jahannam kelak.

Sebelum tu,aku cakap semua ni untuk diri sendiri dan juga untuk muslimah semua. Tak ada niat nak memburukkan sesiapa apatah lagi untuk menjatuhkan kaum sendiri. Na'uzubillah.


Beberapa perkara yang aku nampak semakin menjadi-jadi di kalangan muslimah khususnya di Malaysia sekarang ni;


#Ghairah berfesyen
Aku tahu,wanita dinasihatkan untuk bersiap tetapi hanya untuk suami kan? Kalau yang belum bersuami macam aku ni, nak bergaya pun still kena ada batas la kan? Aku memang tak pernah pakai make-up semua nih. Even dulu masa zaman jahilliah pun aku bantai pakai baby talcum saja.

Maksud aku ghairah berfesyen ni macam pakai tudung/selendang tetapi tak tutup bahagian dada.Seriously aku selalu pakai macam ni,sebab aku suka selempangkan saja tudung aku. Semua ni kerana aku tak pandai pakai tudung ya kawan-kawan!

Pergi ke kelas aja aku pakai pin dan buat gaya-gaya sikit tapi memang aku tutup full! Bila aku bertudung untuk lepak ke mana-mana,aku just selempangkan saja dan ini merupakan KESALAHAN TERBESAR aku dalam berfesyen!!Astaghfirllah halazim!

Bagi penggemar selendang tu,tak salah korang nak pakai selendang pun. Tapi make sure tutup aurat lengkap lah. Aku memang tak reti pakai tudung selendang macam ni.


Fesyen kedua yang tak sedap mata memandang ialah fesyen memakai legging ataupun skinny pants yang orang pakai masa swimming tu!
Sesuai ke pakai legging tu dan pakai tudung di tempat-tempat awam? Orang yang berlainan jantina pasti akan memerhatikan setiap inch kaki kita kan? Alhamdulillah aku tak tertarik langsung fesyen macam ni.

ini aku jumpa komen-komen kaum Adam yang memberi pendapat tentang pemakaian legging di kalangan wanita;
mungkin ini sahaja buat masa ini. Aku menegur diri sendiri ;tetapi bagi yang terbuka pintu hatinya tu boleh juga dijadikan pedoman agar tak melakukan kesalahan yang sama lagi. Aku nak berubah sedikit-demi sedikit dan semoga perubahan tersebut akan berkekalan hingga akhir hayatku.Amin..

yang baik itu datangnya dari Allah dan yang tidak sempurna itu datangnya dari aku,hambanya yang naif.

No comments: