14 April 2010

Bikin Diri Lebih Kuat Berangan

sebelum ni aku memang susah nak stick with drama Melayu.setakat layan masa bosan boleh la. But for this time,I'm so in love with this drama; Adamaya at TV3 (every Monday-Thursday 6.30pm).
Drama ni memang buat semua perempuan di Malaysia ni mula berangan-angan nak dapat hubby macam tu jugak. Handsome,generous,gentle,rich-perfecto! Tapi,dalam dunia realiti,wujud ke lelaki macam ni? I wish I could find one someday... (okay,dah mula dreaming!)

Macam aku cakap sebelum ni,aku memang mudah cair dengan lelaki yang ada Hindustan look ni. But this guy more to Middle East look but tetap dalam range my type jugak!

tapi si Hero ni sudah khawin ye kawan-kawan. dah ada 2 orang anak pun.so,stop dreaming!

Sinopsis Drama Adamaya ( Diambil dari
Budiey.com )

Perkahwinan adalah suatu ikatan suci manakala cinta sejati menuntut pengorbanan.

Begitulah yang terjadi terhadap Adam, 24 tahun (Hussein) dan Maya, 21 tahun (Lisa Surihani). Adam kelulusan undang-undang tetapi lebih cenderung kepada fotografi. Maya, 21 tahun ialah pelajar universiti tahun kedua dalam bidang insuran.

Ibubapanya mengambil keputusan mencarikan suami yang dapat menjaganya kerana mereka terpaksa bekerja di luar negara selama lima tahun. Adam ialah pilihan terbaik kerana ibubapa mereka bersahabat baik.

Adam menurut kehendak ibubapanya kerana tidak mahu menghampakan mereka. Maya pada mulanya membantah kerana telah mempunyai kekasih hati, Dani (Faizal Yusup) tetapi setelah dipujuk oleh ibubapanya, dengan alasan yang kukuh, dia akhirnya bersetuju..

Walaupun tiada perasaan cinta, Adam sebagai suami telah bertindak bijak untuk mencari titik persamaan yang menyatukan mereka. Mereka mula bercinta dan dikurniakan seorang anak. Selepas lima tahun, percintaan mereka menghadapi dugaan tatkala Maya digoda kembali oleh Dani. Adam mula berjauhan dengan Maya untuk mengejar impiannya dan ini membuatkan mereka sering bergaduh.

Adakah Maya akan menyedari tiada cinta yang lebih tulus selain dari cinta suaminya?


credit to karokjamban


guys,korang patut tengok drama ni so that korang tahu apa yang girls nak.LOL!

p/s: I wish I could.....

No comments: