19 April 2010

Hari Bumi Sedunia

pagi ni aku terpaksa dan memaksa diri sendiri bangun awal sebab nak hantar ayahanda ke jetty Kuala Perlis. Ayahanda ada meeting pukul 2 di Langkawi. Dah hantar abah dalam pukul 10 pagi macam tu,ingat nak shoot tepi pantai tu.
Alahai malang sekali,air surut daa..nampak lumpur saja nak buat gapo? Balik rumah saja lah. Bosan betul drive pagi-pagi ni.Mood aku masih di rumah sebab aku jarang keluar rumah pagi-pagi. Biasalah,semua isi rumah ni bekerja+sekolah di siang hari. So memang aku biasa terperap saja di rumah sorang-sorang and masak! Kesian okay!

Back to the topic,tadi aku tengok la Channel 707; Fun Taiwan. Diaorang discover 1 town di Taiwan yang memang almost 80% eco-friendly town.
FYI,aku memang sangat berminat dengan eco-system and what not ni. Mungkin Allah beri aku kesedaran yang Bumi ni dah tua,dan mungkin Dia gerakkan hati aku untuk menjaga dan memulihara Bumi ini daripada di rosakkan oleh "makhluk perosak" yang tak bertanggungjawab.

Penduduk town di Taiwan tu memang mempraktikkan Reuse;Reduce;Recycle se-maksimum yang boleh. Aku memang kagum dengan semangat dan tenaga yang diaorang invest untuk selamatkan Bumi ni. Ada pakcik tu cakap

"Kalau tak ada yang mulakan,mesti tak kan ada pengikutnya" (translate from Taiwan to English)

Aku teringin sangat nak ada Green House macam di Taiwan dan some of the West Countries. Rumah yang conserve energy dan sangat sejuk walaupun tak pasang kipas ataupun penghawa dingin. Betul tak tipu! Investment memang mahal sikit tetapi penjimatan jangka panjang tu yang kita nak. Dan yang paling penting alam sekitar terpelihara!

Sempena "Earth Day" atau Hari Bumi yang disambut setiap 22nd April ni,aku seru semua pembaca agar mempraktikkan amalan kitar dan guna semula ni sampai bila-bila.

Senarai perkara yang anda boleh lakukan untuk menjaga Bumi ini;

#Sisa-sisa makanan atau kitchen waste boleh dikompos menjadi baja untuk tanam-tanaman. Untuk mengetahui cara-cara nak compost waste tu,boleh google okay

#Jimatkan penggunaan elektrik terutama sekali penghawa dingin

#Bawa shopping bag sendiri apabila ke shopping mall (sesetengah shopping mall tak kasi plastic bag on weekends;good kick start!)

#Kurangkan penggunaan styrofoam dan segala jenis foam yang lain sebab benda ni mengambil masa yang lama untuk dilupuskan!

#Digalakkan untuk menggunakan cahaya matahari sebagai sumber pengcahayaan berbanding dengan lampu biasa di siang hari.

#Menanam tumbuh-tumbuhan yang sesuai di laman rumah untuk memberikan suasana yang lebih tenang dan sejuk

#Mengguna semula barang-barang yang masih dalam keadaan baik

#Amalkan amalan kitar semula

Favorite Recycled Craft



untuk mendapatkan lebih info tentang semua ni sila search di google ya!
Kalau kita tak menjaga Bumi ini,siapa lagi?

p/s: sorry entry ni banyak bahasa pasar dan bahasa rojak!

No comments: